Artis / Selebriti
” Amboi Sofia, enjoy eating with her while great grandma singing to her.. ” – Netizen
Che Puan Sarimah Ibrahim Kongsi Video Anaknya, Tunku Sofia Najihah Bersama Tunku Ampuan Tunku Najihah. Alahai Comel Betul Moyang Melayan Cicitnya, Siap Menyanyi Lagi !!
Sering berkongsi tentang gelagat permata pertamanya, Tunku Sofia Najihah, akaun Instagram milik Che Puan Sarimah Ibrahim menjadi perhatian warga netizen. Manakan tidak, kecomelan dan gelagat si kecil itu telah menambat hati warga netizen.
Menerusi perkongsian terbaru oleh Sarimah menerusi akaun Instagramnya, telah berkongsi satu video yang memaparkan anaknya, Tunku Sofia meluangkan masa bersama moyangnya iaitu Tunku Ampuan Tunku Najihah. Video yang berdurasi kurang 1 minit ini meraih perhatian ramai.
Kongsi Sarimah lagi, hari ini Tunku Sofia genap berusia 17 bulan dan meluangkan masa bersama moyangnya menikmati makanan bersama. Malah kelihatan dalam video tersebut, Tunku Najihah menyanyikan lagu khas buat cicitnya itu.

Sekadar informasi, Che Puan Sarimah telah mendirikan rumah tangga dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang puteri.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Perkongsian video oleh Che Puan Sarimah itu telah menarik perhatian netizen lebih-lebih lagi dapat mendengar Tunku Najihah bernyanyi. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Amboi Sofia, enjoy eating with her while great grandma singing to her, so sweet tengok, makin berseleralah makan.. “
” Untunglah dapat moyang rajin melayan, hehe comel pulak tengok Tunku Najihah menyanyi kat cicitnya, hehehe.. “
” Yeayyyy, happy 17th months baby princess, omy still so bby i tot she already two somethg yo, love you Sofia.. “
” Sweet moments Lil Sofia with her great grandma, semoga Tunku Najihah sentiasa sihat selalu dan bahagia bersama keluarga.. “

Wahh tak sangka usia Tunku Najihah sudah 97 tahun, tapi kelihatan masih kuat dan bertenaga lagi malah sempat lagi melayan cicitnya itu sambil menikmati makan bersama. Patutlah menurut Sarimah, Tunku Sofia berselera makan, lagi-lagi mendengar nyanyian daripada moyang tercinta.

Kejap masa berlalu, Tunku Sofia dah 17 bulan, apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Tunku Sofia Najihah membesar dengan sihat, dan menjadi anak yang solehah buat Che Puan Sarimah dan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG CP Sarimah Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada ke orang telefon adik ipar dia setiap hari, ‘hello, astaghfirullah, buat apa ni’.. ” – PU Riz

