Artis / Selebriti
” Allahu Akbar dia teramat rindu dan sayang. Dengan aku sedih sama ni.. ” – Komen Netizen

Video Ina Naim menangis bercerita mengenai mimpi bertemu arwah suaminya, Suhaimi Saad 3 hari berturut-turur. Untung Ina dapat melihat arwah walaupun hanya dalam mimpi. Sebaknya dengar cerita Ina..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nizarwatie, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Ina Naim. Ina baru sahaja kebah dari demam dan suaranya juga masih kedengaran belum sembuh sepenuhnya. Ina seperti biasa sentiasa tersenyum dan rajin melayani pertanyaan viewers.
Menerusi video ini, Ina berkongsi cerita apa yang dialaminya sepanjang 3 hari dia demam beberapa hari yang lalu. Kata Ina, 3 hari berturut-turut Ina bermimpikan arwah Suhaimi Saad dan di dalam mimpinya itu Suhaimi langsung tidak bercakap dan diam sahaja.
Tambah Ina lagi, betul dia rasa rindu terhadap Suhaimi dan ianya bukan tipu. Seketika Ina terhenti bercakap dan terus mencapai tisu untuk mengesat air matanya. Sedih warganet melihat Ina menangis mengenangkan mimpinya bersama Suhaimi itu.
Siapa yang tidak akan merindu pasangan yang telah pergi apatah lagi mereka pasangan yang bahagia ketika ditinggalkan. Memori bersama pasti tersemat kemas dalam hati Ina. Mungkin juga kerana rindu yang mendalam itu Allah izinkan untuk Ina bertemu Suhaimi di alam mimpi.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@nizarwatie Bagus suami Ina sekarang. sangat memahami. Biasalah kadang terbit rasa rindu pada Arwah suami. Moga Ina baik-baik saja. #ina #inanaim #inasuhaimi #suhaimisaad
♬ original sound – Ladywatie | Affiliate – Ladywatie | Affiliate
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ina naim dan shuib ni diaorang masing² cerai mati dgn pasangan. dlm keadaan masih syg xde gdh apa pun. sakit dia tu 10x ganda dri pasangan curang.. “
” Pasangan baru memang kena memahami dan tolak ansur. sebab bila rindu tu datang tiba2 macam ni lah. Takkan nak cemburu pulak kan.. “
” Klu mimpi arwah tak bercakap… memang betul arwah ziarah Ina dalam demam.. penah dengar Ustaz cakap.. apa² pon semuanya atas izin Allah, dan tiada yg mustahil bg Allah.. “
” Dia je yg tau betapa sakit nya rindu.. ramai ckp dia dh lupe kan arwah.. Tp dia je yg tau mcmana rasanya.. sedih lah kita pun ikut nangis.. “
” Orang baik tak mudah untuk kita lupakan. Takan tk rindu hdup bsama smpai ank bsar… dia byk mgajar dan membntuk ina mnjadi wanita dan ibu yg hebat.. “
” Sedihnya saya pulak yang mengalir airmata.. mungkin arwah happy tengok hidup ina sekarang.. Arwah mesti bahagia tengok Ina dan ank² bahagia. Arwah dah ada bidadari yg menanti.. “
” AllahuAkbar dia teramat rindu dan sayang.. dengan aku sedih sama ni.. rindu yang dalam rasanya.. hubungan rapat .. dtg dlm mimpi tu bermaksud arwah tahu Ina demam.. “
Warganet pun turut sama merasai kesedihan yang Ina rasakan. Rasa rindu itu tidak akan pernah hilang kerana Suhaimi akan selalu ada dalam hati Ina. Banyak yang mereka lalu bersama sebelum ini. Apa-apa pun, semoga arwah Suhaimi tenang di sana dan sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-fatihah untuk arwah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nizarwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Akhirnya dengar Kias Cinta versi Hadie dan Sallman. Suara tu ada feel dan rasa sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen