Artis / Selebriti
” Alhamdulillah warisi ilmu Al-Quran dari ayah. Sejuk hati tengok, muda-muda dah jadi guru mengaji.. ” – Komen Netizen
Video anak-anak Ina Naim, Hadie Elfardie dan Phyrosh mengajar anak-anak jiran mengaji raih pujian warganet. Comelnya semua beratur menunggu giliran mengaji..
Ketika hayat arwah Suhaimi Saad, arwah mengajar kepada anak-anaknya,Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony ilmu dunia dan akhirat. Banyak ilmu yang dicurahkan kepada anak-anak dengan harapan anak-anaknya itu akan menjadi insan yang berilmu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ina Suhaimi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Hadie dan Phyrosh mengajar anak-anak jiran mereka mengaji. Di sebalik sibuk dengan show dan aktiviti yang lain, Hadie tidak lupa mengejar pahala akhirat.
Kanak-kanak lelaki dijar oleh Hadie, manakala kanak-kanak perempuan pula diajar oleh Phyrosh. Ina turut menulis kapsyen pendek mengatakan dalam mengejar dunia, akhirat jangan sesekali dilupakan kerana akhirat untuk selama-lamanya. Walaupun mengaji merangkak, ianya usaha yang murni daripada anak-anak kecil ini.

Ramai di kalangan warganet yang memuji Hadie dan Phyrosh kerana pada usia muda mereka sudah mampu menjadi guru mengaji. Sukar pada zaman ini untuk mencari anak muda yang berkebolehan sebegini. Bagus cara arwah Suhaimi dan Ina mendidik anak-anak mereka.
Jom tonton video di bawah :
@inasuhaimi78 Sedang kita mengejar dunia, jgn kita lupa akhirat selama2nya.. Mengaji merangkak la baca naak… Esok di sana menjadi temanmu.. InsyaAllah #inanaim #hadie #yosh #hadiefc #ngaji
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masya Allah mengalir pahala untuk arwah Suhaimi Saad ada anak yang soleh dan solehah macam Hadie dan Yosh.. Rezeki… Muda2 dah jadi guru ngaji… Sekarang susah nak cari orng ajar anak ngaji depan.. “
” Sanggup saya start ngaji dari Alif Ba Ta kalau Hadie yg mengajarnya.. ingat pun takat alif ba ta je.. sebulan pun tak lepas2 sa jin ha ho semua.. boleh lame sikit hehe.. “
” Wea, pandainye ko ngaji. sape guru ngaji ko? kakak yosh n abg hadie, dieorang artis tau.. CONTOH…. hihi.. byk pahala mengajar mengaji ni Hardie. Tahniah ank muda.. “
” Alhamdulillah warisi ilmu Al quran dari ayah, moga berbhgia dunia akhirat. ala comeynye beratur tggu turn tu.. teringat acik mngaji kcik2 dl.. sementara tunggu turn tu.. mnghafal dl.. “
” Alhamdulillah. besar pahala hadie dan yosh ajar adik-adik mengaji.. sejuk hati tengok, terus teringat pada arwah SS.. “
” Sejuk perut ibu mengandung bila anak2 semua “menjadi”.. Tahniah ina naim dan arwah suami yg berjaya mendidik anak2 jadi manusia berguna.. “
” Mngalir saham pahala si arwah ayah dgn ilmu dunia & akhirat yg di berikan kepd si anak dgn mengajarkn mengaji kpd org-orang.. “
Alhamdulillah ilmu yang diajarkan oleh arwah Suhaimi kini Hadie dan adik-adik curahkan kepada orang sekeliling mereka pula. Beruntung arwah Suhaimi ada anak-anak yang soleh dan solehah sebegini. Semoga pahala untuk awah Suhaimi sentiasa mengalir atas semua kebaikan yang anak-anaknya lakukan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ina Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen

