Artis / Selebriti
” Alhamdulillah tahniah Hetty. Baby handsome boy sangat.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Terbaru Hetty Sarlene Mengenai Kelahiran Cahayamata Keduanya Raih Perhatian Warganet. Wah Landon Dah Ada Adik Lah. Comelnya Baby H, Muka Mat Salleh Juga. Nama Pun Sedap, Tahniah Hetty !!
Penyanyi dan pelakon kelahiran negara jiran Singapura, Hetty Sarlene kini tidak lagi aktif dalam bidang seni. Memilih untuk menguruskan rumahtangga dan anak, Hetty tetap aktif di media sosial dan segala perkembangan mengenai kehidupan Hetty boleh ditinjau dari akaun media sosial miliknya.
Untuk makluman semua, Hetty mendirikan rumahtangga bersama Daniel Oakes dan dikurniakan seorang anak lelaki, Landon Alexander Oakes. Sekitar penghujung Disember 2023, Hetty memaklumkan yang dirinya sedang hamil anak kedua dan akan melahirkan bayi tersebut pada tahun 2024.
Menerusi perkongsian terbaru Hetty di akaun Instagramnya, Hetty telah pun berkongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Hetty bersama Daniel, Landon dan anak yang baru sahaja dilahirkan. Hetty selamat melahirkan bayi keduanya ini pada 25 Jun dan ianya awal 10 hari dari tarikh jangkaan.

Tidak berselindung wajah anaknya, Hetty menunjukkan gambar dan nama yang dipilih untuk cahayamata keduanya ini. Hayden Ashton Oakes nama yang seindah tuan badannya. Melihat wajah Hayden, ramai yang geram kerana comel dan terserlah wajah mat salleh. Photocopy daddy juga kali ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Hetty ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Syukur alhamdulillah. Congratulations to u and ur family hetty sarlene. selamat berpantang.. ”
” Alhamdulillah Congratulations Hetty. So cute baby Hayden Ashton Oakes.. Hayden very Ang Moh looks handsome.. ”
” Congratulations to the Oakes family. hettysarlene_oakes.. Handsome boys Alhamdulillah.. Happy on your bundle of joy.. ”
” Bissmillah .. Alhamdulillah Aamiin Syukur.. tahniah , Selamat berpantang.. comel baby.. muka mat saleh jugak.. ”
” MasyaaAllah Congrats on your newborn, dear.. Alhamdulillah. Congrats to u both. Comel2 anak2 kalian.. ”
” Tahniah kak hetty selamat melahirkan anak yang ke 2.. baby handsome dan comelnya.. geram tgk muka tu, cuteee.. ”
” Alhamdulillah Big Congrats hettysarlene_oakes and family.. Welcome 2 The World Hayden Ashton Oakes.. handsome boy sangat.. ”
Alhamdulillah officially Hetty sudahpun bergelar ibu kepada 2 orang cahayamata. Semakin meriah lah keluarga Hetty dan Daniel dengan kehadiran Hayden. Tahniah daripada kami di Berita Kopak untuk Hetty sekeluarga. Selamat berpantang dan semoga cepat sembuh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hetty Sarlene
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti2 days ago” Hari tu punca saya warded adalah kerana.. ” – Amira Othman


