Artis / Selebriti
” Alhamdulillah ala kulli hal. Nak kahwin tapi takut hiks. Doakan Farah.. ” – Farah Lee
Farah Lee Muatnaik Gambar Majlis Perkahwinannya Bersama Suami, Fuad Hashim. Wah Gambar Outdoor Photoshoot Pun Ada. Memang Sempoi Lah Pengantin, Kasut Tu Rare Sungguh. Part Maream Bagi Sesuatu Pada Fuad Tu Tersentuh Pula Tengok !!
Selebriti dan pempengaruh Farah Lee baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama seorang jejaka bernama Fuad semalam. Tiada angin tiada r1but, Farah memaklumkan perkara tersebut di akaun media sosial miliknya dan ianya membuatkan ramai yang terkejut.
Untuk sesiapa yang tidak mengenali Farah, wanita ini pernah bergelar isteri kepada pengacara Ally Iskandar dan dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Maream Esabel. Farah juga menjalankan perniagaan dan aktif dalam aktiviti misi kemanusiaan.
Meninjau entry terbaru Farah Lee di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis pernikahan berlangsung dan wedding photoshoot Farah dan Fuad. Menarik betul penampilan pasangan mempelai ini, sama-sama memakai kasut sneaker yang sama warnanya.

Dapat juga dilihat, Maream sendiri menemani Ommanya ini di atas pelamin. Maream juga dilihat menyerahkan sesuatu kepada daddy barunya itu ketika Fuad duduk di samping Farah. Sayu melihat Farah menangis sesudah ijab dan kabulnya selesai.
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Muka lebih kurang.. congrats omma.. Alhamdulillah. Fuad la ya coach horseriding farah. Patut la power. Moga sakinah mawaddah wa rahmah.. ”
” Farah, gambor last tu muka sama.. Alhamdulillah… u deserved all happiness. Muka seiras sgt.. ”
” Sayaaaa sukaaaaa .. love hitam dan kasut tu.. Selesanya lah tgk kawin pakai kasut gitu.. zaman aku pakai la kasut mak andam harap tinggi tp keselesaan kelaut.. ”
” Hihi , tumpang bahagia utk wanita kuat ni.. cantik sangat.. Barakallah pasangan pengantin.. muka memang seiras sangat.. ”
” Comel je pakai kasut sama. Simple je dorang berdua ni.. sempoi suka lah tengok pengantin macam ni.. ”
” Alhamdulillah tertunai juga hajat maryam nak dady baru tahniah farah semoga berbahagia hingga jannah.. ”
” Love every details. Make up yang simple dan light, kasut, pilihan warna (hitam, nude, putih), iras wajah— Barakallah.. ”
Memang terlalu simple Farah dan Fuad ni, tak pernah dibuat orang kahwin pakai Sneaker. Semoga Farah berbahagia selalu bersama suami tersayang dan perkahwinan ini berkekalan sampai ke akhir hayat. Semoga Farah akan menjadi isteri yang terbaik buat Fuad.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Farah Lee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen

