Artis / Selebriti
” Alah sweet habis part Remy cakap dah boleh sebut perkataan ‘isteri saya’.. ” – Netizen
Video Eksklusif Temubual Remy Ishak Selepas Bergelar Suami. Alahai Part Sambil Cakap Sambil Pandang Isteri Tu Memang Cair Habis. Selamat Pengantin Baru Remy Dan Isteri !!
Alhamdulillah, pelakon Remy Ishak telah sah bergelar suami kepada Ezza Yusof. Kedua pasangan ini telah disatukan dalam upacara pernikahan serba ringkas bertempat di Masjid Negara pada sebentar tadi.
Meninjau di akaun Instagram Astro Gempak telah berkongsi video secara eksklusif temubual Remy setelah bergelar suami. Menerusi video itu, kelihatan Remy kacak bergaya mengenakan baju nikah berwarna putih dan berada di samping isterinya.
Dalam temubual tersebut, wartawan telah bertanyakan keadaan sebentar tadi ketika majlis pernikahan pasangan ini. Jelas Remy, keadaan semuanya berjalan dengan lancar dan dengan sekali lafaz sahaja Remy dan Ezza sah bergelar suami isteri.

Namun pada akhir video tersebut, Remy sempat berseloroh bahawa ini adalah pertama kali dia menyebut ‘ isteri saya’. Selain itu, Remy juga turut berharap kepada peminat-peminatnya di luar sana akan terus mendoakan kebahagiannya.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, telah dibanjiri ucapan tahniah daripada netizen kepada pasangan ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alah aweet habis part Remy cakap dah boleh sebut perkataan ‘isteri saya’ . Tahniah Remy, smga kalian bahagia hngga ke akhir hay4t.. “
” Woww sweet, tahniah Remy dan Ezza. Alhamdulillah akhirnya bersatu juga. Semoga Remy dapat menjagaa Ezza denga baik.. “
” Congratulations babe and Remy. It has been a long journey but Alhamdulillah akhirnya disatukan dgn izin-Nya. Semoga kekal bahagia hingga Jannah.. “
” Congrat, soooo happy. Semoga banyak bersabar dalam melayari alam perkahwinan. Selamat pengantin baru.. “
” We can’t see it, but I can tell he’s smiling ear to ear when he speaks. Awwww semoga kekal bahagia hingga ke jannah. Ameen.. “
” Biasa dlm drama je. Skrg reality dpt sebut “Isteri Saya” HAHA. BTW Semoga kekal smpai Syurga Aamiin.. “
” Nangis tak berlagu. Anyway happy for you and wife. Semoga kekal hingga ke Jannah. amiinn.. “

Jelas terpancar kebahagian Remy dan Ezza dalam video tersebut setelah sah bergelar pasangan suami isteri. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat pengantin baru buat Remy dan Ezza, semoga ikatan yang baru dibina oleh kalian ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Astrogempak, Remy Ishak, Ezza Yusof
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen

