Connect with us

Artis / Selebriti

” Aku yang blushing dengan reunion yang sekejap ni. Love the reaction.. ” – Komen Netizen

Video reaksi Nicholas Saputra bertemu Dato’ Seri Siti Nurhaliza di program One In A Million buat peminat teruja. Alahai comel sungguh reaksi Nicholas bila jumpa Tokti. Reunion selepas music video Debaran Cinta 23 tahun lepas..

23 tahun yang dahulu, biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza pernah bergandingan bersama hero kacak negara jiran Indonesia, Nicholas Saputra untuk music video lagu DS Siti berjudul Debaran Cinta. Ketika itu ramai yang berkenan dan berhasrat agar Nicholas dan DS Siti berjodohan.

DS Siti dan Nicholas tidak lagi pernah bertemu selepas penghasilan MV tersebut. Kini setelah 23 tahun berlalu, mereka dipertemukan kembali dan kali ini ianya usaha dari rancangan realiti TV , One In A Million. Sempena pentas akhir OIAM semalam, Nicholas hadir sebagai juri jemputan, manakala DS Siti pula sebagai penyanyi jemputan.

Menerusi perkongsian di beberapa buah media sosial dan Tiktok, telah dikongsikan reaksi Nicholas dan DS Siti ketika berjumpa. Nicholas mempamerkan reaksi wajah yang teruja selepas kelibat DS Siti kelihatan. DS Siti juga teruja dapat bertemu Nicholas.

Seorang cantik dan seorang lagi kacak, kedua-duanya masih sama seperti dahulu. Sebagai tanda pertemuan, DS Siti dan Nicholas mengabadikan gambar dan video bersama. Seronok warganet melihat 2 selebriti kesayangan ini dapat berbual dan bertanya khabar setelah sekian lama tidak berjumpa.

Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :

@xtra_my

Selepas 23 tahun akhirnya bersua jua😍🥰 Comel je reaction Nicholas Saputra bila jumpa dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza #fyp #xtra #nicholassaputra #sitinurhaliza #oiam #beritaditiktok #sembangentertaiment

♬ original sound – Adiwarna96 – Adiwarna96

@snlegacysb

Setelah hampir 23 tahun.. akhirnya bertemu kembali ❤️ #debarancinta #sitinurhaliza #nicholassaputra #oneinamillion #fyp #fypage

♬ Debaran Cinta – Siti Nurhaliza

@toktitiktok

Bertemu kembali dengan Nicholas Saputra di malam akhir OIAM. Saya membuat persembahan di pentas dan beliau pula menjadi juri. Meskipun selepas lebih 22 tahun video muzik Debaran Cinta, alhamdulillah masih ramai yang mengingati kemunculan Nicholas Saputra dalam video tersebut. #nicholassaputra #debarancinta #sitinurhaliza

♬ Debaran Cinta – Siti Nurhaliza

Perkongsian ini telah pun meraih pelbagai respon daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Ya Allah. Suka tengok video clip dorg dlu. Dok pikir siti kawin dgn dia je. Nmpk nau dlu asal video clip mesti nk kenen2 kan.. “

” Aku yg blushing dgn reunion yg sekejap ni. Luv the reaction.. Dua2 awet muda.. Excited sgguh nicholas.. “

” Wahh terimbas kembali Muzik Video Debaran Cinta.. nampak sopan santunnya Nicholas saputra dia nampak tokti terus trun set sembah Salam.. “

” First time nampak Nicholas ada facial expression.. Zaman ni mmg syok giler dgn citer ada apa dengan cinta.. “

” Tolong la buat petition buat debaran cinta 2.0. Kita plk excited tengok nicholas jumpa siti nurhaliza.. “

” Aku tengok reaksi Nicholas tu.. Ghisauuu aku.. Takut dia bangun pi peluk Tokti.. Mujur tak haha.. “

” Teruja nicholas bila ternmpk tokti.. Darjah 1 aku dah pandsi ship nicholas saputra dengan dato siti sebab mv debaran cinta.. “

Berpuluh tahun tidak bertemu, apabila dipertemukan semula sememangnya akan mengimbau kembali memori music video Debaran Cinta. Baik DS Siti mahu pun Nicholas, kedua-dua maintain kelihatan muda sahaja dan tidak banyak berubah wajah mereka. Siapa tahu mungkin kah bakal ada Debaran Cinta 2.0 nanti selepas reunion ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Xtra, Tiktok Toktitiktok, Tiktok Snlegacysb

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT