Artis / Selebriti
” Aku sebagai wakil orang Kelantan, dalam banyak-banyak yang ni aku tertarik. Meremang dengar suara dia.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Thalita membawakan lagu Dikir Puteri di semi final Talk To My Manager buat ramai terhibur. Fuh meriah betul pentas, kreatif Thalita bawa pasukan dikir. Tarian pun smooth je, hebat lah persembahan Thalita..
Program realiti TV, Talk To My Manager musim 1 telah pun memasuki minggu separuh akhir semalam. 6 orang peserta meneruskan perjuangan untuk menempah tiket ke final TTMM. Antara peserta kegemaran ramai adalah anak Shuib Sepahtu, Thalita.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sooka Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan daripada Thalita. Kali ini persembahan Thalita turut disertai oleh Shuib dan Matin sebagai awak-awak untuk pasukan dikir barat yang dibawakan khas ke pentas TTMM.
Dari awal Thalita tampil di pentas lagi, suasana riuh dengan tepukan dan sorakan penonton. Thalita tampil yakin dan tidak kekok menari tradisional sambil menyanyi. Kawalan suara Thalita juga bagus dan ini semua adalah berkat ajaran dari penyanyi asal lagu ini, Noraniza Idris.

Penari yang berpengalaman, ditambah lagi dengan suara Thalita yang merdu membuatkan persembahan ini seronok ditonton. Bagus Thalita kerana berani mencuba genre berlainan daripada yang selalu dia bawakan. Satu percubaan yang baik dan tidak mengecewakan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sumpah best gilaaa la persembahan dan suara Thalita. Super love it best persembahan thalita.. confirm JUARA.. “
” Aku sebagai wakil org klntn , dlm byk ii yg ni aku tertarik.. dulu ramai kecam suara dia, sekarang dia tunjuk suara sebenarnya dia. GOODJOB THALITAAA.. “
” Aju yg xbrapa pndai bab nyanyian ni.. bila dgr suara dia superr gila wei.. rasa woww.. Sebak lah tngok shuib join sekali. hahahaha support betul.. “
” Bukan senang nak bawa genre. Dekta masih dalam proses pembelajaran. Soon banyak improvement dia. Go dekta go.. “
” Improve la suara dia.. best dgr.. Dulu rasa biasa je suara thalita, skrg meremang juga dgr suara dia! Good job thalita.. “
” Antara yg di tunggu2 setiap minggu.. mlm ni mmg best persembahan thalita.. Jumpa final dekta sayang. ibu pasti tengok dekta dkt atas sana.. congratsss beranii mencubaaaaa.. “
” Talented sungguh anak shuib ni.. Tiap mggu aku tggu dye ni je. Paling betul2 menyanyi n perform x main-main.. “
Persembahan yang menarik dan meriah dengan pasukan dikir baratnya, memang sesuai dengan tema lagu Thalita. Tidak mengapa Thalita berada di kedudukan ke 4 minggu ini, cuba yang terbaik untuk final minggu hadapan dan beroleh gelaran juara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sookamalaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti1 day ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah 8 bulan baru nak buat majlis akikah anak sebab.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen


