Artis / Selebriti
” Aku lah kalau tengok Kepom ni tak boleh nak skip, rugi. Mesti tengok sampai habis, haha.. ” – Netizen
Video Elly Mazlein Berduet Bersama Usop Mentor Menyanyikan Lagu Hukum Karma Raih Perhatian Ramai. Konon-Konon Nak Rock Lah Tu Kepom, Pusing-Pusing Kepala Sampai Pening Jadinya, Haha !!
Bagi yang suka mendengar siaran Radio Era menerusi segmen Carta Era 40 setiap hari Ahad pasti terhibur dengan telatah penyampainya iaitu Elly Mazlein. Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Lina Pom Pom ini juga seorang yang kelakar.
Meninjau di akaun Instagram Radio Era, pada minggu ini Usop Mentor telah menjadi artis jemputan bagi segmen Carta Era 40. Banyak topik yang dibualkan oleh Usop bersama Elly. Ada peminat meluahkan rasa seronok mendengar coleteh Elly bersama Usop di corong radio.
Seperti minggu sebelum ini, Elly akan berduet bersama penyanyi dan kali ini Elly berduet bersama Usop menyanyikan lagu Hukum Karma. Sebelum menyanyi, Elly membuat gaya rock dengan menggerak-gerakkan kepalanya dan Usop memulakan nyanyian.

Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan nyanyian Elly sangat padu dan Elly mampu membawa pelbagai genre lagu. Selain suara Elly, suara Usop juga mendapat pujian, Sehingga kini, video nyanyian Elly bersama Usop menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain terhibur, rata-rata warganet memuji gadingan Elly bersama Usop menyanyikan lagu ini. Antara komen-komen warganet adalah :
” Aku lah kalau tengok Kepom ni tak boleh nak skip, rugi. Mesti tengok sampai habis, haha.. Ala awat sat ja nyanyi.. Tak puas dengaq.. “
” Pening ke tu kak lina.. Tulah pusing-pusing lagi kepala nasib cermin mata tak jatuh.. Kejap naw la… Lagi… Lagi… Lagi .. Lagi.. “
” Yg si Usop pon sama naik dgn kak Kepom masalahnya.. Hahaha ni kalau dua2 bergabung jadi dj mau meriah konti dibuatnya.. “
” Wehh sedapnya.. Nak lagi.. Kak Lina memang power arr.. Semua lagu dia boleh bawa dengan baik.. Sedap pula tu nyanyi.. Alahai.. “
” Kak Lina tak migraine ke hayun2 kepala.. Kepom nk actvfast ke tu hahhahaa.. Tak buat lawak memang bukan Kak Lina lah kan.. “
” Headbanging sampai pening pegang kepala hahaha.. Tak sah kalau tak lawak. Suara dua2 power beb.. Padu dengar.. Kalau buat konsert ni mahu ramai orang.. “
” Terbaik lah Usop, wlaupn nk gelakkn kak lina pompom still suara gempak tau.. Minggu ni paling best dengar radio sebab kak lina ada Usop.. “
Kak Lina kalau tak buat perangai masuk air memang tak sah. Ada sahaja idea Kak Lina membuat kelakar. Apa-apa pun memang terbaik lah nyanyian Elly dan Usop. Semoga kalian berdua akan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti2 days ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Yosh tanpa muzik ni lagi sedap dan menyentuh hati.. ” – Komen Netizen



