Artis / Selebriti
” Aku berteriak Khai, memang sedih mengingati orang yang tiada.. ” – Komen Netizen
Video Khai Bahar Dan Adiknya, Kyra Menyanyi Lagu Ingin Memeluk Dirimu Menyentuh Hati Ramai. Part Khai Peluk Kyra Tu Sebak Sangat. Rindunya Dua Beradik Ini Pada Ibu Yang Sudah Tiada, Sebak Sungguh !!
Kehilangan seorang insan yang bergelar ibu adalah sesuatu yang tidak digambarkan dengan kata-kata. Perginya ibu seakan membawa pergi jiwa seorang anak. Begitu lah yang dialami oleh Khai Bahar setelah ibunya kembali menemui Yang Maha Pencipta beberapa bulan yang lalu.
Menerusi akaun Tiktok Mamazue, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Khai dan adiknya, Kyra berduet menyanyikan lagu dendangan asal Dorman Manik berjudul Ingin Memeluk Dirimu. Lagu ini mempunyai lirik yang cukup mendalam dan mampu menyentuh hati pendengar.
Gambaran rindu pada seseorang yang diungkapkan dalam lirik lagu ini seakan menunjukkan rindu Khai dan Kyra terhadap arwah ibu mereka yang telah tiada. Reaksi wajah Khai dan alunan suaranya yang mendalam itu membuatkan warganet turut tersentuh. Lebih menyayat hati warganet apabila melihat Kyra memeluk Khai.

Memetik kata warganet, kerinduan Khai dan Kyra terhadap arwah ibu mereka terpancar dalam reaksi wajah mereka berdua. Keakraban Khai dan Kyra juga mendapat pujian ramai. Khai sememangnya seorang abang yang penyayang dan sangat melindungi adiknya itu.
Jom tonton video di bawah :
@mamazue_ credit maira #khaibahar #kyrabahar #adikabang #tiktoklive #inginmemelukdirimucover
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” AllahuAkbar moga arwah ibu Khai ditempatkan bersama roh-roh yang beriman.. Al-Fatihah.. ”
” Aku berteriak Khai, memang sedihnya mengingati orang yang tiada.. rindu yang tiada penghujungnya.. ”
” Aduuh sedihnya.. time khai rangkul kyra tu blh rasa kerinduan yg sgt mendalam dorg kt arwah.. ”
” Kehilangan insan terdekat terutama ibu buat kita patah sebelah sayap tapi harus kuat.. Hujungnya sedih tengok.. ”
” Faham sangat perasaan rindu tu.. banyak-banyak bersabar.. Semoga khai dan adik2 kuat dng dugaan ini seronok tengok adik dng abg akrab.. ”
” Sedihnya dorang rindu arwah mak huhu.. Rindu, rindu pada yang tiada itu sakit.. sayu hati tengok.. ”
” Be strong 2 beradik ni ye…. kami faham perasaan kalian.. mesti dia TGH rindukan arwah ibu yer… SBP mendalam sgt Suara dia… aku plak yg menangis.. ”
” Jadi sedih tengok Khai nyanyi lagu ini, seolah ingin sampaikan rindu yang membiru … tiada ujung, smg Khai sgr bertemu wanita yg menghargai perasaannya.. ”
” Sedih pulak tengok khai dengan kyra. adik beradik ni memang rapat. nampak sangat Khai seorang abang yang penyayang.. ”
Rasa rindu yang tidak akan pernah padam dan ada penghujungnya terhadap insan yang telah tiada. Semoga Khai dan adiknya ini selalu tabah dan kuat dalam mengharungi kehidupan tanpa seorang insan yang bergelar ibu. Terus kuat Khai dan Kyra.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mamazue
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti6 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen


