Connect with us

Artis / Selebriti

” Ahhh touching sangat, tak sedar air mata laju mengalir.. ” – Komen Netizen

Video Harris Annuar Buat Kejutan Sempena Hari Lahir Untuk Isterinya, Asha Merican Buat Ramai Sebak. Susah Untuk Tengok Asha Menangis Teruk Macam Ni. Tak Sangka Ini Sebab Asha Menangis Macam Tu, Alahai Sebaknya !!

Meninjau perkongsian terbaru Harris Annuar di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan gelagat Harris bersama isterinya, Asha Merican. Pasangan ini keluar makan ke sebuah tempat dan Harris telah pun merancang sesuatu tanpa Asha sedar.

Rupa-rupanya Harris telah pun mengaturkan satu kejutan sempena ulangtahun kelahiran Asha. Tanggal 27 Ogos 2024 genaplah usia Asha yang ke 27 tahun. Ketika beberapa orang pekerja di situ membawakan kek dan menyanyikan lagu Happy Birthday, Asha tersenyum gembira.

Namun emosi Asha berubah seketika selepas itu. Asha kelihatan mula menangis dan air matanya tak berhenti mengalir di pipi. Harris bertanyakan kenapa dan jawapan Asha meruntun hati. Kata Asha hanya arwah ayahnya yang selalu membuat kejutan seperti ini untuknya.

Sewaktu Asha menyebut perkataan ayah, semakin laju air matanya mengalir. Tentu Harris juga merasa bersalah kerana membuatkan Asha menangis seperti ini. Pedih rasanya apabila teringatkan layanan orang terdekat yang kita sayang, namun si dia sudah tiada di dunia ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Ternangis sekali, dapat rasa kesedihan tu sebab kita pun dah tak ada ayah.. ahhh touching sangat tak sedar air mata laju mengalir.. ”

” Alaaa kita pun ikut nangis gak bila dia sebut pasal ayah.. birthday ashaa sama tarikh kematian arwah ayah dia, sedih. Al fatihah.. ”

” Sebagai seorg isteri dan ibu sahaja yg tahu perasaan ini.. yang tengok ni pon ikut nangis jugak.. ”

” Sbb dia sebut ayah, aku pun auto nangis. huhu.. hepi besday ashamerican.. Asha teringat ayah dia tu.. jaga dia baik baik Harris.. ”

” MashaaAllah.. anak baik mengingati ayahnya. Allahuakbar..semoga menjadi anak yg solehah dan dipermudahkan segala urusan..semoga berbahagia bersama suami tercinta. Aamiin2 Yaa Rabbal Aalamiin. selamat ulang tahun ya.. ”

” Dah kenapa dengan aku menangis sama… part asha cakap ayah dia je yang selalu buat surprise macam tu laju airmata aku jatuh.. ”

” Happy birthday Asha Merican. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki selalu. Terharu another level.. ”

Ramai yang sebak melihat reaksi spontan Asha menangis itu. Memang akan tersentuh jika melibatkan orang yang kita sayang tetapi telah pergi selamanya. Apa-apa pun, selamat ulangtahun kelahiran Asha dan semoga Asha berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Harris Annuar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT