Artis / Selebriti
” Afwa, terjemahan English accent belah mana tu. Terpusing kepala nak fahamkan terjemahan Afwa, haha.. ” – Komen Netizen

Video anak kedua Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa membaca surah Al-Asr bersama terjemahan dalam bahasa Inggeris. Wah pandainya Afwa, lancar betul bacaannya tu. Sampai part terjemahan, terus melopong dengar. Afwa cakap bahasa apa tu, haha..
Anak kedua penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa seringkali menjadi perhatian warganet kerana telatahnya yang lucu dan selalu mengusik DS Siti lebih-lebih lagi jika Afwa melihat ibunya itu sedang membuat live bersama followers.
Meninjau entry di akaun Tiktok Sitizoner, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Afwa membaca surah Al-Asr bersama terjemahannya. Bacaan surah Afwa kedengaran agak bagus dan boleh difahami. Namun apabila Afwa membaca terjemahannya, lain pula jadinya.
Hanya pada awalnya sahaja yang jelas kedengaran iaitu ‘ The Name Of Allah, Who ‘ selepas itu langsung tidak difahami apa yang disebut oleh Afwa. DS Siti sendiri tergelak dan bertanyakan kepada semua adakah semua orang memahami terjemahan yang dibacakan oleh Afwa.
Afwa seorang anak yang aktif berbanding kakaknya, Aafiyah. Seronok warganet mendengar bacaan oleh Afwa itu. Memetik komen warganet, sudah seperti bahasa Jerman mendengar bacaan Afwa itu. Laju sungguh Afwa baca, sampai kedengaran tidak ‘berbutir’.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@sitizoner
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Takpe afwa.. uncle faham setakat “The Name Of Allah, Who..”.. pastu pndai-pandai lah uncle ingat balik maksudnya haha.. “
” Part surah tu masih boleh faham… tapi bab terjemahan tu terus tak faham … afwa oh afwa.. terjemahan dalam bi tu. Afwa terjemahan english accent belah mana tu. haha.. “
” Hyper betul Afwa ni.. lembutnya dia jawab ‘ye’ tu… terhibur tgk telatah afwa ni.. terjemahan afwa baca tu bahasa apa sayang, sampai tak berbutir langsung bahasa apa haha.. semoga membesar jd anak soleh.. “
” Dalam bahasa arab saya dapat paham lgi.. Tang terjemahan saya sesat terus, afwa afwa.. Afwa ni kalau nampak camera je habis dah.. “
” Acik kene tengok balik terjemahan dik… huhu time kasih afwa… acik dapat tangkap depan je.. the name of Allah, yang belakang-belakang tu dah gaya bahasa sepanyol haha.. “
” Ingatkan terjemahan dalam bahasa Arab tadi hahha.. dengan kita sekali terpusing nak fahamkan terjemahan Afwa.. oh afwa anak ibu.. “
” Sekali dia baca Arab daaa.. Terjemahan lagi dalam Arabnya haha.. memang kena buat-buat faham jer lah.. terjemahan terus afwa bagi bahasa Jerman.. “
Bijak sungguh hero ibu seorang ini, sudah boleh menghafal surah pendek. Part terjemahan tu, fuh hanya yang hebat boleh memahami butir terjemahan oleh Afwa itu. Tokti pun sampai berkerut dahi mendengar terjemahan Afwa itu. Apa-apa pun, semoga menjadi anak yang soleh dan kebanggaan ibu dan ayah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sitizoner
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Jaga lah aibnya, jangan jadikan dia hanya content yang mengaibkan dirinya.. ” – Ainina Ahmad B