Viral
” Adui sakitnya cerita ni. Sedihnya Ya Allah, 30 tahun terasa sia-sia dan rugi sangat.. ” – Komen Netizen
Video seorang pemanggil Sinar FM bercerita mengenai pertemuan kembali dengan ibunya selepas 30 tahun buat ramai sebak. Menangis Sharifah Shahirah dengar kisah sedih pemanggil ini. Sedih sangat..
Ibu insan yang paling istimewa dalam hidup seorang anak. Namun ada juga yang terpaksa berpisah dan berjauhan dari ibu hanya kerana perselisihan faham dan kecil hati. Ini banyak terjadi dalam realiti kehidupan sebenar dan salah satunya kisah daripada pemanggil Sinar FM bernama Fuad.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan perbualan antara penyampai Sinar, Sharifah Shahirah dan Falyq bersama Fuad. Bukan sehari dua tetapi 30 tahun Fuad tidak bertemu dengan ibu kesayangannya dan penghujung 2025 menjadi pengakhiran yang manis untuk Fuad.
Hanya kerana amarah seorang ibu membuatkan Fuad menjauh dan selama itu lah dia tidak putus berdoa agar dia dapat bertemu kembali dengan ibunya itu. Bukan tidak pernah cuba untuk bertemu ibu tetapi mungkin merasakan ibu masih menebal marahnya ketika itu membuatkan mereka tidak bertemu.

Namun Allah mengatur yang terbaik untuk Fuad dan ibunya. Detik pertemuan semula Fuad dan ibu membuatkan Shiera sebak dan bergenang air mata. Semarah mana pun seorang ibu, masih tetap ada kemaafan dan ruang untuk seorang yang bernama anak.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aduiiiii sakitnya cerita ni.. sedihnya Ya Allah.. 30 tahun terasa sia2 dan rugi sangat sangat.. Tau tak sebenarnya marah makk tu kannn, dia bkn marah betul2.. lagi lagi anak lelaki, buat lah apa pun.. “
” Auto mengalir tros airmata… alhamdullilah Allah beri peluang untuk abang ni jumpa dan minta ampun dengan mak.. moga Allah jaga selalu hubungan ni.. “
” Yee dgr nie jugak ptg tadi masa otw balik rumah dari office.. berkaca jugak mata tadi.. kuat betul ujian abg fuad nie.. Allahu 30 tahun tu, bukan sekejap.. lamaaaa, seksa nyaa rasa dada kita bila xdpt jumpa IbuBapa kan.. “
” Syukur masih ada ibu lagi.. smoga Allah panjangkan umur ibu awak.. dan awak masih dpt lagi mencari pahala dunia dan akhirat.. dan paling penting masih dpt doa dari ibu.. Allahhu.. “
” Yer dgr td.. masuk habuk terus la mata. 30tahun lama sgt tu. Menitik air mata sebab kisah nie lebih kurang dgn sy, saya xtahu bagaimana nak jumpa mak sy, saya takut nanti dia marah dan jadi pergaduhan antara kami. Doakan sy supaya mak sy lembut hati yea.. “
” Saya dgr tdi pun menitis air mata.. 30 thn tu bkn masa sekejap.. Alhamdullilah smga hubungan Abg Fuad dgn mak kekal bersama.. cipta balik kenangan bsama mak utk 30 thn yg dh di biarkn bgitu sja.. “
” Allahu… sesungguhnya hati itu … alhamdulillah… itu yg terbaik saudara Fuad… dpt jugak peluk mak… semua bsebab, kdg kita tiada di tempat mrk .. hanya mrk je tau .. kdg menjauh lebih baik, kdg ada la perkataan dr salah seorg yg mgecilkan hati..alhmdllh akhirnya bersatu.. “
” Sy tgh masak td mase abg fuad ni call.. Allah.. stop masak sbb xleh fokus.. menangis jgk.. smg abg fuad dan maknye sihat selalu n bole berkasih syg.. tebus mase 30thin yg lalu.. “
Satu kisah yang meninggalkan kesan di hati pendengar dan penyampai Sinar. Ada pengajaran yang dapat diambil dari kisah Fuad ini dan dijadikan iktibar untuk semua. Semoga kasih sayang Fuad dan ibunya itu sentiasa dalam lindungan Allah dan dapat menebus kembali 30 tahun yang berlalu tanpa sebarang kenangan itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalah orang muda dia punya effort, love betul. Lain daripada lain lah Mr E ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kali ni bukan hint tapi pengakuan jujur terus Bella bagi secara terbuka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Takkan lah suara you macam Aina Abdul, diaorang takkan percaya.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti2 days ago” Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. Dah tak selindung lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku sangat-sangat tak sangka Si Haziq punya kawalan vocal sangat super, sedap lah dia menyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” The Cullen Family versi Malaysia. Vibes diorang mahal, aura tu superb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayash suka betul dengan lagu arwah ibu, pandai dia nyanyi.. ” – Komen Netizen

