Artis / Selebriti
” Sebak suara YB cerita pasal Ayden. Dia punya sebak dan risau tu macam anak dia sendiri.. ” – Komen Netizen

Video YB Syed Saddiq sebak mendengar ucapan anak sulung Bella Astillah, Ayden Adrean ketika live di konti radio buat ramai tersentuh. Sayang sungguh Ayden dekat Uncle Saddiq. Masa YB Saddiq cerita mengenai Ayden pun sebak suaranya..
Hari ini, YB Syed Saddiq hadir ke konti Era FM sebagai penyampai radio jemputan bersama Namie dan Haziq Hussni. Bella juga turut menghubungi konti Era dan bercakap di talian bersama YB Saddiq dan Geng 3 Pagi Era. YB Saddiq juga menerima satu ucapan khas daripada anak Bella, Ayden Adrean.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Bella meminta izin untuk seseorang memberikan ucapan kepada YB Saddiq. YB Saddiq tidak menjangka orang itu adalah Ayden dan suara YB Saddiq agak terkejut ketika mendengar suara Ayden.
Ucapan Ayden sangat teratur tutur katanya dan membawa erti tersendiri. Kata-kata yang Ayden ucapkan kepada YB Saddiq membuatkan ramai merasa sebak dan menangis. Betapa sayangnya Ayden kepada Uncle Saddiq. Haziq dan Namie juga teruja mendengar ucapan Ayden itu.
YB Saddiq juga turut berkongsi cerita mengenai perasaannya ketika melihat Ayden berenang di lautan Langkawi baru-baru ini. Memetik kata warganet, YB Saddiq adalah jelmaan seorang ayah yang terbaik untuk Ayden. Layanan YB Saddiq terhadap Ayden juga meruntun hati warganet.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ayden ni sweet betul kan. Dari ucapan tuk mommy dia lagi dia sweet sangat. Love u ayden.. Sebak suara YB cerita pasal Ayden.. Dia punya sebak dan risau tu mcm anak dia sendiri.. “
” Sweetnya Ayden, sebak pula rasa. Ayden mesti sayang yb sangat sangat tu kan. Semoga YB SS juga akan mengisi sosok tu buat Ayden dan Ara.. “
” Alooo sweetnya ayden, touching pulak rasa .. Ayden sentiasa kagum, look up at YB syedsaddiq . YB pun laju nasihat jangan lupa g sekolah sampai lupa Ayden tgh cuti. Education is important to YB.. “
” Ayden sentiasa kagum, look up at YB syedsaddiq . YB pun laju nasihat jangan lupa g sekolah sampai lupa Ayden tgh cuti. Education is important to YB.. “
” Dngar suara ayden bgi ucapan untk yb trus sebak… bijak sungguh ayden ni… so proud you ayden.. hebat ayden ni, pandai mengatur ayat, walaupun masih kecik.. “
” Ayden ni physically young. But mentally and emotionally dia lebih matured dari some of adults dalam dunia ni. good job Bella and Ayden.. “
” Aduh ternangis pulak, dari ucapan Ayden kita dapat rasa sayangnya Ayden pada YB. Begitu juga YB terhadap Ayden. mereka saling care antara satu sama lain, always saling memberi dorongan, sokongan dan semangat, kuat ikatan jiwa masing2.. “
Ucapan yang tulus ikhlas daripada hati seorang anak yang menyayangi susuk tubuh bernama Syed Saddiq. Idola Ayden yang akan sentiasa memberikan aura positif dalam hidup Ayden. Semoga ada kebahagiaan untuk YB Saddiq dan Bella yang mewarnai hidup Ayden dan Ara.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, Tiktok Era, IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sejarah serbuk arang gigi Dherbs berulang kembali. Random lah Ammar, mengekek gelak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Asyik tersasul je Fattah ni. Adik-adik yang baik tak pandai nak menipu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” I watched the years pass from a far, never near enough to whisper.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kak Long spill the tea, Aca pulak menyambung. Last last Aca yang kena dengan Fattah. Kantoi semua dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Jawapan Ayden tu buatkan kita pula terharu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terpecah dah tembelang Abang Long. Jujur betul adik beradik Abang Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Hayder cakap tu macam dah lama pendam tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah dah makin reveal hubungan mereka. Perasaannya ditujukan melalui bait lirik lagu.. ” – Komen Netizen