Artis / Selebriti
” Adoi, lawak sungguh Che Ta. Duyung pun kalau tengok Che Ta terperanjat, haha.. ” – Komen Netizen
Video Rozita Che Wan berenang di laut memakai kaftan buat ramai terhibur. Lawak betul tengok Che Ta berenang dengan Kaftan, tak pernah dibuat orang lah Che Ta. Part yang Che Ta panggil Zain mintak tolong tu kelakar, haha..
Meninjau di akaun Instagram pelakon Rozita Che Wan atau mesra dengan panggilan Che Ta, telah dikongsikan beberapa video dan gambar-gambar sekitar percutiannya bersama keluarga di Semporna, Sabah. Difahamkan, percutian tersebut adalah sempena meraikan hari lahir anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana baru-baru ini.
Terbaru, Che Ta ada memuatnaik video yang memaparkan dirinya mahu mencuba untuk berenang di lautan dengan hanya memakai kaftan. Seloroh Che Ta kepada para peminatnya, meskipun terlupa membawa bikini, dia mampu berenang memakai kaftan sahaja.
Pada awal video, Che Ta menggunakan tangga kayu untuk turun ke laut dan Che Ta terus menunjukkan skill berenangnya. Ketika berada di dalam air, kedengaran Che Ta memanggil suaminya, Zain untuk membantunya berenang. Perkongsian ini telah mengundang tawa warganet.

Ramai yang menyakat Che Ta agar berhati-hati kerana risau jika ada penyu datang memandangkan Che Ta hanya memakai kaftan. Selain itu, ada juga memuji penampilan Che Ta yang sentiasa tampil cantik walaupun di mana jua berada. Sehingga kini, video Che Ta berenang itu menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur selepas menonton video Che Ta berenang dan pelbagai respon telah diberikan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Adoi lawak sungguh Che Ta, dia betul-betul show swim noh, haha.. Dah2 Che Ta, naik lekaih, nanti lemaih jenuh Zain nk tolong, haha.. “
” Lepas ni ramailah yg mandi pakai kaftan che Ta ooiiii.. Pastu harga kaftan naik melambung gara-gara Che Ta berenang pakai kaftan, haha.. “
” Ok aritu jogging.. Ni berenang. Tak pe sat gi kami beli kaftan Che ta, kami buat naik jetsky, hahahaha.. Nak tengok sapa lagi rare.. “
” Ahahaahahahahaahahahahaa ok kami tepuk.. Che Ta oii, jaga2 lah, risau kami nanti penyu masuk dalam Kain satg habis cita lah.. “
” Hahahaha tak aci berenang pegang tangga.. Kami nk tgok Che Ta buat renang berirama lah, hahaa.. Penat kami gelak tau tengok cara Che Ta berenang.. “
” Alahaiii Che Ta oiiii.. Sama dah baju nya ngan air laut tu, sejukkk je nmpaknya.. Duyungggg pun kalau tengok Che Ta terperanjat sebab lawa daripada dia.. “
” Ok lulus, lepas ni Che Ta dah boleh bawa keluar jubah berenang, hehe.. Btw cantik sungguh Che Ta walaupun berenang pakai kaftan.. Che Ta dan fesyen tak dapat dipisahkan.
Rare betul Che Ta ni, mandi laut pun pakai kaftan, tapi nampk menyerlah warna baju Che Ta di dalam air. Bak kata peminat, Che Ta dan fesyen memang tak dapat dipisahkan. Apa-apa pun, video tersebut hanyalah sekadar hiburan daripad Che Ta buat para pengikutnya di Instagram.

Silakan SHARE..
Sumber : IG rozitachewan1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

