Artis / Selebriti
” Adoi la, kejang saraf muka asyik ketawa. Habis tersasau jauh betul liriknya Tiara oii, haha.. ” – Komen Netizen
Video anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah menyanyi lagu Ketipak Ketipung Raya buat ramai terhibur. Jauh sangat lirik tu tersasar Tiara. Part last tu dia boleh tukar lirik ajak solat, padu lah Tiara, haha..
Umum mengetahui, pelawak Achey Bocey sering berkongsi video anaknya, Tiara Zinnirah di akaun Instagram. Ada sahaja gelagat Tiara membuat ramai tak kering gusi ketawa kerana Tiara seorang kanak-kanak yang periang dan suka membuat kelakar seperti ayahnya juga.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Achey, telah dikongsikan video Tiara cover lagu raya bertajuk Ketipak Ketipung Raya. Menerusi video itu, Tiara kelihatan sangat bersemangat menyanyikan lagu tersebut dengan versinya yang tersendiri. Perkongsian video ini sekali lagi turut mengundang tawa warganet.
Manakan tidak, lirik lagu tersebut telah diubah oleh Tiara dan boleh dikatakan mendengar semua perkataan yang disebut oleh Tiara sangat lah mencuit hati. Seloroh warganet, gara-gara mendengar nyanyian lagu raya oleh Tiara, mereka terpaksa beraya di Muar pada tahun ini.

Sehingga kini, video Tiara menyanyi telah mendapat ribuan komen dan puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Alahai Tiara, part ‘sasau sanak saudara’ tu memang kelakar. Tiara kalau tak buat lawak memang tak sah kan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Adoi la, kejang saraf muka asyik ketawa. Habis tersasau jauh betul liriknya Tiara oii, haha.. Comel betul lah budak ni menyanyi.. “
” Tersasau sanak saudara.. Jenuhlaaa smua sanak saudara kena rukiah pagi dihari Raya, ahhahaa.. Tiara kalau tak kelakar memang taksah betul.. “
” Raya ke Muar sebab YB Syed Saddiq kawen time raya ke Tiara, hehe.. Habis lah kami semua kena beraya di Muar tahun ni.. “
” Tersasau sanak saudara takpe.. Jgn tersantau sanak saudara, hahaa.. You go girl Tiara.. Hahaaha power, hujung tu dia ajak solat raya beb.. “
” Jauh di m4ti” aku tak tahannn, menangis aku dengar, haha.. Atleast she dont sing ‘ kami budak gen Z , raya raya bergaya, haha.. ”
” Semua masuk… Tersasau… Jauh di mati… Balik Muar… Solat raya, boleh lah tu Tiara oii, asalkan kau happy, kami pun happy dik.. “
” Jauh di m4ti, hahahaha, dah la kita kena raya ke Muar tahun ni.. Pasal apa pulak kita kena gi Muar.. Tapi part solat raya tu aunty setuju.. “
Jika melihat komen-komen warganet, boleh dikatakan semuanya sangat menyukai nyanyian Tiara dan terhibur dengan gelagat Tiara ketika menyanyi. Apa-apa pun, comel sangat tengok Tiara, akhirnya tercapai juga impian Tiara untuk menyanyi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG acheykintangkintung
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu

