Connect with us

Artis / Selebriti

” Adoi keras perut aku ketawa dengar mambang 3 Ramadhan ni.. ” – Komen Netizen

Video Bell Ngasri, Asif dan Yoe Parey untuk Pak Mat Western melakonkan babak dalam filem Pendekar Bujang Lapuk buat warganet terhibur. Adui lawak sungguh, keluar yang aneh-aneh ‘mambang’nya. Haha.. 

Pak Mat Western (PMW) antara jenama yang aktif mempromosikan produk mereka di media sosial. Ramai artis dan selebriti yang terlibat dalam setiap iklan kempen Pak Mat Western. Video kempen terbaru PMW adalah daripada Bell Ngasri, Asif dan Yoe Parey.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Pak Mat Western, telah dikongsikan satu video yang memaparkan lakonan mereka bertiga. Melakonkan kembali babak dalam filem terkenal Tan Sri P.Ramlee, Pendekar Bujang Lapuk, lakonan Bell, Asif dan Yoe mengundang ketawa warganet.

Babak bertapa yang dialognya ada menyebut mengenai ‘mambang tanah, mambang air, mambang api’, namun dialognya terus bertukar apabila Asif dan Yoe memulakan babak mereka. Berbagai-bagai mambang disebutkan oleh mereka berdua yang mencuit hati.

Salah seorang staff PMW iaitu Una pula menambahkan lagi rencah dalam iklan ini. Lakonan yang melucukan dan di luar jangkaan ramai. Gandingan Bell, Asif dan Yoe memang serasi dan menceriakan sesiapa sahaja yang menonton video ini.

Jom tonton video di bawah :

@pakmatwesterncafee

🤣🤣 #fyp #foryou

♬ original sound – PAK MAT WESTERN HQ – PAK MAT WESTERN HQ

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 94 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Elok pulak 3 ni buat group, tiga tiga lawak sekepala. Padu gila content ni, sumpah terhibur.. sakit perut gelak haha.. “

” Tak sangka una menari, time dia start menari aku dah terbahak gelak haha.. Berapa kali shot lah ye tahan gelak.. “

” Mambang mantap haha.. Buat lagi konten dengan dorang, confirm terhibur.. ni baru betul marketing.. Nk carik jln kuar.. Pegi jalan.. Mambang menari x bole tahan.. “

” Aku la haha.. yoe parey memang mantap.. mambang mantap.. rasa tawar betul jujur Asif ni.. Adoii keras perut aku ketawa dengar mambang 3 Ramadan ni.. “

” Bell Ngasri tak pernah tak lawak. dia ni lawak giler.. mambang mantap tolong ajar guru… cobaan Achey haha.. “

” “Eh dia gelak pulak” mgekek aku lahh.. aku kalau dengan asif, sakit perut ketawa.. first time tengok mambang merah.. mambang meja terbahak aku.. “

” Haha mambang mantap, lawak siak. tak dak Kata-kata aku hanya tergelak bahak3.. Hahahahhah.. ini bukan cubaan, ini kena cuba haha.. ” 

Gandingan Bell, Yoe Parey dan Asif memang tidak menghampakan. Lawak yang random dan membuatkan warganet ketawa besar melihat lakonan mereka bertiga. Semoga Bell, Asif dan Yoe dimurahkan rezeki selalu seperti air zamzam yang tidak berhenti mengalir.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Pak Mat Western  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak