Artis / Selebriti
” Adira ni memang dia hormat sungguh pada Dato’ Red.. ” – Netizen
Video Dato’ Red Video Menjemput Adira Suhaimi Pulang Dari Umrah Raih Perhatian Ramai. Lawak Lah Adira Buat Sembah Hormat Pada Dato’ Red Tu. Paling Bersemut Part Adira Salam Cium Tangan Dato’ Red, Sweet Sungguh !!
Setelah 5 hari berada di tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadat umrah, Adira Suhaimi hari ini pulang ke tanahair. Sebelum ini Adira ada memuatnaik sekeping gambar sedang menanti untuk mendaftar masuk penerbangan pulang ke Malaysia di akaun Instagram miliknya.
Meninjau entry terbaru suami Adira iaitu Dato’ Red, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan Dato’ Red sedang menanti Adira di ruangan parking Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dari dalam kereta, Dato’ Red merakamkan detik ketibaan Adira.
Kata Dato’ Red, dia merindui Adira dan ternanti-nanti mana lah kelibat Adira. Seketika selepas itu, dari jauh lagi Adira membuat aksi sembah hormat dan kata Dato’ Red dirinya sudah seperti golongan kerabat di raja pula apabila Adira membuat sembah hormat seperti itu.

Sewaktu Adira membuka pintu kereta, sekali lagi diulang aksi sembah hormatnya itu. Lawak lah Adira ini, seorang yang ceria dan happy go lucky. Selepas itu, Adira bersalaman dan mengucup tangan Dato’ Red. Part ini yang membuatkan ramai warganet cair melihatnya.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian oleh Dato’ Red itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Suka tgk. Kekalkan jaga rumah tangga dgn beri layanan yg baik thdp isteri2. Isteri2 pun akan syg. Jaga yg dah ada, kekalkan.. ”
” Baik Sngat Adira Nie, Semoga Yg Baik Baik Untk Awak deNgan Dato Red.. ada peluang lagi dato red.. insha Allah.. ”
” Dua orang ni memang masuk air la.. always funny.. Moga panjang jodoh adira dan dato red.. ”
” Alaaa sweetttttttt nyaaa.. melekat lekat gula ni dato hehe. Kelakar dan sweet betul adira ni.. Moga jodoh itu hingga ke syurga.. ”
” Sweetnya, adira ni memang dia hormat sungguh pada dato’ red.. Semoga jodoh berpanjangan untuk ami dan dato red .. Amin.. ”
” Biar la aku single pun.. janji dapat tngok org sweet2 gini aku dah happy.. sweetnya korang berdua ni. kita pulak tersengih tengok.. ”
” Bagus adira ni hormat betul dia dgn suami dia. tengok dia salam dato red boleh rasa sayangnya pada dato red tu.. ”
Seronok warganet melihat kemesraan Adira dan Dato’ Red itu. Adira sendiri walaupun kepenatan masih tetap menceriakan hati sang suami, terbukti Adira sememangnya seorang isteri yang baik. Apa-apa pun, semoga yang baik-baik sahaja untuk Adira dan Dato’ Red.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato Red
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen



