Connect with us

Artis / Selebriti

” Adik Ubai mesti bangga, kak ipar artis datang sekolah. Hehe.. ” – Netizen

Video Shila Amzah Teman Ubai Ambil Report Card Adik Di Sekolah Raih Perhatian Warganet. Wah Syok Lah, Kakak Ipar Penyanyi Terkenal Datang Sekolah. Sempat Lagi Ubai Imbau Kenangan Waktu Sekolah Dahulu Dekat Shila !!

Umum mengetahui penyanyi Shila Amzah telah pun mendirikan rumahtangga buat kali kedua bersama pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai. Majlis pernikahan pasangan ini di adakan di Boathouse Ampang dan dihadiri oleh ahli keluarga serta teman-teman rapat mereka.

Terbaru, meninjau di akaun TikTok Ubai, telah dikongsikan video yang memaparkan Shila Amzah telah menemani Ubai untuk mengambil laporan persekolahan adik perempuannya. Secara kebetulan, kelas adik Ubai itu sama dengan kelas yang pernah diduduki Ubai suatu ketika dahulu.

Sempat Shila bertanya kepada Ubai di mana tempat duduk Ubai dan Ubai telah menunjukkan tempat tersebut kepada Shila. Selain itu, Ubai juga menyakat adiknya ketika melihat laporan di hadapan guru kelas dan mereka saling ketawa. Pada akhir video, Ubai telah berkongsi kawasan persekitaran sekolahnya dahulu buat tontonan para pengikutnya.

Perkongsian video ini telah meraih perhatian ramai. Sehingga kini video berkenaan telah menerima jumlah tontonan sebanyak 600 ribu lebih, tanda suka sebanyak 52 ribu dan lebih 1 ribu ratus komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.

Tonton video di bawah ini :

@ubaimz

Korang dulu siapa ambik report card dekat sekolah? #fyp #tiktokmalaysia

♬ Anak Sekolah – Chrisye

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video oleh Ubai ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Comel ja tengok Ubai buat lawak dengan Shila dan adik dia, hahaha.. Shila ni macam aku tau mudah terhibur apa je yg keluar dr mulut laki sendiri.. “

” Shila amzah ambil report card weh kalau aku kemain banggaaaaaaa.. Kak ipar penyanyi terkenal kot, fuhhyoooooo.. “

” Adk dia mesti bangga, kak ipar artis dtg sek.. Tak tahu pulak Ubai ade bakat terpendam ckp tamil, hahahaha lawak lah dengar.. “

” Wahh Ubai nampak berisi lah lepas kahwin, bahagia betul ni.. Cara Alia menulis mcm Ubai, adik abang betul, hahahahaha.. “

” Ank2 dari dlu amik report kad msti kwn2 dok bsik2. Ada sjnis suara kuat dorg jerit. Wehh,mak ko dokter ke. ada jerit2. weh dokter dtg, dia nk ccuk.. “

” We skolh lma ar.. Rindu.. Cute lah tengok abang pergi ambil report card adik.. Ubai abang yang baik.. Terbaik lah Ubai.. “

” Makin cantik lah Shila berseri2 lepas kahwin.. Tengok pasangan ni tumpang bahagia ja kita tau.. Moga kekal bahagia hingga ke syurga.. “

Ubai kalau tak buat lawak memang tak sah, boleh dikatakan semua orang dia suka menyakat. Apa-apa pun Ubai dan Shila memang terbaik lah, sempat mencuri masa untuk pergi ke sekolah untuk mengambil laporan persekolan adik mereka. Semoga Ubai dan Shila terus menikmati bahagia bersama serta kekal hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok ubaimz, IG ubaimz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT