Artis / Selebriti
” Ada orang cakap kenapa Fattah order bunga graduation. Tak patut, tak patut.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Video Proses Gubahan Bunga Hadiah Fattah Amin Sempena Birthday Fazura Raih Perhatian Warganet. Wah Cantik Sangat Bunga Ni, Semua Fresh Dan Ada Maksudnya Tersendiri. Yang Kecam Bunga Tu Boleh Tengok Sini !!
Semalam merupakan hari lahir Fazura dan Fazura ada berkongsikan di Instastory miliknya hadiah jambangan bunga daripada Fattah Amin. Hadiah ini menjadi perhatian kerana semuanya memang ternanti-nantikan hadiah Fattah untuk isteri tersayang.
Namun ada juga yang mempertikaikan mengapa bunga sebegitu yang diberikan oleh Fattah. Ada di kalangan warganet yang membandingkan jambangan bunga Fattah dahulu yang pernah viral ketika sambutan ulangtahun kelahiran Fazura yang ke 34. Sebanyak 500 kuntum bunga mawar merah diberikan pada ketika itu.
Meninjau akaun Instagram Haaziqdesigns, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penggubahnya bernama Haaziq menunjukkan proses membuat hadiah bunga untuk Fazura semalam. Haaziq menggunakan bunga segar berwarna merah jambu.

Haaziq menunjukkan satu persatu step yang dilakukan sehingga terhasilnya jambangan bunga itu. Setelah selesai, jambangan bunga itu diserahkan kepada Fattah. Cantik jambangan bunga ini apabila dilihat secara terperinci. Fattah juga gembira ketika menerima jambangan bunga ini.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Komen netizen di Thread :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 200 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Patutlaaa design bunga pagi tadi tengok kemain helok. And deko macam ni tak jumpa kat tempat lain. Boekhhh aaa Haziq.. helook.. “
” Wow patut lah cantik Haziq Designs.. How much is thiss.. terbaik la Ziq.. nice.. “
” Ada org ckp baca dkt thread, dia ckp kenapa fattah order bunga graduation, tak patut tak patut.. “
Hasil yang sangat wow dan tidak akan boleh didapati di tempat lain, itu antara komen yang diberikan. Jika dilihat penghasilannya, memang eksklusif dan ada seni tangannya yang tersendiri. Pemilihan bunga pun sangat sesuai dengan bakal penerima jambangan bunga itu.

Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan agar kemelut yang melanda rumahtangga Fattah dan Fazura akan berakhir dengan baik dan ada sinar untuk kembali bertaut semula. Apa jua yang bakal terjadi, itu adalah takdir dan suratan yang telah tertulis untuk Fattah dan Fazura.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Haaziqdesigns, IG Fazura, IG Fattah Amin, Thread
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” 2 kepala tapi sama je tingkahnya. Perangai masuk air dua-dua, comel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Yosh tanpa muzik ni lagi sedap dan menyentuh hati.. ” – Komen Netizen

