” Ada ni, tengah recording mummy i punya single.. ” – Nabila Huda

Nabila Huda Kongsi Video Sewaktu Erma Fatima Menyanyi Dalam Drama Diva Popular. Alahai, Kelakar Betul Mok Cun Ni, Menjadi Betul Watak. Part Tarik Tu, Muka Abil Memang Tak Boleh Tahan !!

Terbaru, penggambaran drama bersiri Diva Popular sedang rancak dijalankan dan bakal ditayangkan tidak lama lagi. Nabila Huda membawa watak sebagai anak kepada Erma Fatima, manakala Tiz Zaqyah pula memegang watak sebagai anak kepada Fauziah Ahmad Daud.

Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil Abil ada memuatnaik di laman Instagramnya serba sedikit perjalanan penggambaran drama tersebut. Abil ada berkongsi satu scene di mana Erma sedang menyanyikan lagu Ánggapanmu yang pernah dipopularkan oleh Ziana Zain.

Dalam scene tersebut, Erma menyanyi sambil ditemani Abil sebagai anaknya di belakang. Ketika Erma menyanyi dapat dilihat Abil terp4ksa menahan ketawa bersama temannya. Menjadi betul watak yang dibawakan oleh mereka. Rasa tidak sabar pula menantikan drama ini bersiaran.

Namun apa yang meraih perhatian adalah sewaktu Erma menyanyikan part tinggi dalam lagu tersebut. Reaksi wajah Abil pada ketika itu cukup melucukan. Kelakar betul Erma, cukup confident sewaktu menyampaikan lagu tersebut. Pasti suasana di set penggambaran juga turut ceria.

Jom ikuti perkongsian video di bawah :

Perkongsian video yang dikongsi Abil meraih perhatian peminat. Rata-rata terhibur dan memuji keberkesanan mereka berlakon. Antara komen-komen mereka adalah :

” Amboi baju tu amboi topi tu amboi amboi amboi sungguh ye kak, Mentariii tu seperti ditiup angin yaa… hebbbaatt.. “

” G1ler la Abil… apa watak pun jadi, Haa cukup lah ni, Part mentari, terpelanting ko org sebelah, Adoi sak1t perut gelak.. “”

” Hahahaah klau keje ngan uollsss mesti penat pon jadi happy kan macam2 lawak diutarakan, Part mentari tu ha tarik sis.. “

” Bila drama queen bergabung.. makanan abil aje act watak2 cenggini.. love your act abil, bestlah bikin terhibur.. “

” Bukan main MoK Cun, kelakar betul abil ni, Lagu anggapanmu tetap malar segar, Hahaha comel yg kat belakang tu.. “

” Menjadi la mummy u. I is ger4m, Sampai nak terjatuh kawan tu, Baju baju ermafatima semua wow… Wow wow.. “

” Terbaiklah mami erma, Amboi ermafatima terkej0t bila kupu_kupu dengar, Ni klu iamzianazain dgr pun tersedak.. “

Memang betul-betul memberi kesan lakonan Abil dan Erma dalam drama tersebut. Inilah yang dikatakan pelakon yang berbakat. Didoakan semoga Abil dan Erma sentiasa berjaya dalam segala bidang yang mereka ceburi dan bahagia selamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kupu-Kupu, Erma Fatima

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..