Connect with us

Artis / Selebriti

” Ad0i kelakar jugak Watie ni. Aku ulang-ulang tengok, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Shuib Sepahtu Dan Tunangnya, Watie Hanifiah Ketika Menjadi Jemputan Dalam Rancangan MeleT0P Buat Ramai Terhibur. Alamak Nervous Sangat Watie Tu Sampai Nak Melayang Microphone Tu. Banyak Kali Shuib Minta Maaf. Sempat Juga Shuib Membahan Tunang Sendiri, Hehe !!

Semalam telah bersiarannya rancangan MeleT0P yang mana pasangan sensasi Shuib Sepahtu dan tunangnya, Watie Hanifiah menjadi tetamu undangan. Menerusi akaun Instagram MeleT0P, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan gelagat Shuib dan Watie.

Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana yang bertindak sebagai hos bertanyakan mengenai persiapan majlis pernikahan Shuib dan Watie yang bakal berlangsung pada 23 Jun akan datang. Nabil juga akan menjadi hos pada majlis Shuib nanti bergandingan bersama Sharifah Shahira.

Watie yang agak gementar kerana ini adalah kali pertama bersiaran secara langsung di kaca TV kelihatan malu-malu. Ketika ingin menjawab mengenai tema majlis pernikahan, telatah Watie memegang microphone sambil menggerakkan tangannya mencuit hati penonton.

Alamak sudah seperti melayang-layang microphone ke kiri dan ke kanan sehinggakan Shuib terpaksa menahan dan menegur Watie agar microphone dipegang dengan elok. Ketawa sahaja Watie, memang seorang yang ceria dan happy go lucky.

Jom tonton video di bawah ( video penuh di hujung artikel ) :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Haha Watie buat lawak ke tu, nerv0us ye kak hehee. Comel je, suka saya tengok. Semoga dipermudahkan.. ”

” Sbb tu dia suka dgn watie , ada orang laki memang suka orang perempuan gini lurus2 comel orang kata.. ”

” Aku tengok ulang-ulang weii… comel g1la watie ni.. tetibe terminat haha. Bape kali Shuib mintak maaf daaa haha.. ”

” Patut ler anak dia cakap “best”, dapat mak tiri innocent macam ni, comel gitu.. Comel pulak tengok banyak kali hehe.. ”

” Hahah duduk pulak dengan pelawak terkenal. ambik kau haha. myb dia biasa cakap d public tgn cmtu cmni.. ”

” Lain kali producer kena bagi mic yang kecik gantung kat tepi pipi tu baru lah senang orang tu nak bercakap haha. Kes1an nerv0us nasib tak ditelannya mic tu.. ”

” Ad0i kelakar jugak Watie ni, terhibur saya hari ni haha. Pemalu rupanya Watie ni, sweet couple.. ”

” Asalkan jangan terbalikkan microphone sudah.. Haha kelakar.. Shuib pun sempat membahan cik tunang haha.. Semoga berbahagia selalu.. ”

Watie Watie, pemalu sangat orangnya. Nasib lah tidak tercampak microphone tu Watie. Shuib pun dalam tergelak-gelak dan meminta maaf bagi pihak Watie, sempat lagi mengusik Watie. Apa-apa pun, semoga urusan Shuib dan Watie untuk ke jinjang pelamin dipermudahkan dan berjalan sebagaimana perancangan.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG MeleT0P, Youtube Channel MeleT0P

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT