Artis / Selebriti
” A baby girl is a miracle that never ceases to be miraculous.. ” – Juliana Evans
Gambar-Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anak Juliana Evans, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Yang Berumur 1 Tahun. Serba Ringkas Tetapi Tetap Meriah !
Semalam merupakan hari lahir Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah atau panggilan manjanya Milly. Anak kepada selebriti, Juliana Evans dan suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah ini sudah berusia 1 tahun.
Pasangan ini telah mengadakan sambutan kepada anak kesayangan mereka ini semalam. Milly kelihatan begitu comel sekali dengan memakai gaun berwarna pink bersesuaian dengan warna tema pada majlis tersebut. Majlis yang disambut serba ringkas namun tetap meriah.
Mengimbas kembali, Milly dilahirkan pada 12 Julai 2019 pada jam 9.39 malam. Milly merupakan cahaya mata sulung buat pasangan ini dan kelahiran Milly merupakan anugerah terindah buat Juliana dan suami serta ahli keluarga yang lain.

Menerusi akaun Instagram, gambar-gambar sekitar majlis sambutan hari lahir Milly telah dikongsikan. Majlis yang diadakan dilihat begitu ringkas namun tetap meriah. Kek hari lahir Milly juga nampak ringkas walau bagaimanapun tetap mengikut tema majlis.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir kepada Milly. Antara komen-komen mereka :
” Amb0i… beza 1 week ja dengan mummy dia… Happy Birthday Girl.. “
” Sanah helwah tengku Milly..semoga menjadi anak solehah pintar Dan mbanggakan Mami n dedi..amiin yra.. “
” Hope she had a fab birthday!! Happy one year! “
” Syukur alhamdulillah tengku Kamiliah. Happy Birthday pretty girl Milly .. “
” Happy birthday Milly baby!! Aunty Mia cant wait to meet youu .. “
” Happiest birthday dear baby Milly.. “
” Same birthday and same year with my baby today.. hehehe happy birthday milly .. “

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah. Semoga membesar menjadi anak yang bijak dan solehah serta berjaya di dunia dan di akhir4t. Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. InsyaAllah..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Juliana Evans
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

