Artis / Selebriti
” 5 tahun berlalu, tapi takde satu hari pun tanpa memikirkan dia.. ” – Shuib Sepahtu
Shuib Sepahtu muatnaik video throwback anak sulungnya, Uwais Al-Qarni bersama arwah Siti Sarah Raissuddin diiringi dengan suara Uwais menyanyi lagu Tears In Heaven buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok video ni..
Bukan mudah untuk menerima kenyataan insan tersayang pergi selama-lamanya. Itu lah yang dihadapi oleh Shuib Sepahtu selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin. Pejam celik, pejam celik, sudah 5 tahun berlalu sejak Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya gara-gara C0v1d-19.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan Uwais bersama Siti Sarah. Video ini diambil ketika Siti Sarah menemani Uwais bermain golf. Betapa manjanya Uwais dengan ibu tersayang.
Video ini disunting oleh Shuib dengan menggunakan suara Uwais menyanyi lagu ‘ Tears In Heaven ‘ sebagai muzik latarnya. Uwais yang semakin meningkat remaja kini memiliki bakat nyanyian sama seperti Siti Sarah. Suara Uwais sedap didengar dan menusuk ke hati pendengar.

Tulis Shuib di ruang kapsyen mengatakan, walaupun sudah 5 tahun berlalu sejak Siti Sarah pergi, namun tidak ada satu hari pun berlalu tanpa Shuib memikirkan bidadari syurganya ini. Siti Sarah tiada galang gantinya dan kekal istimewa dalam hati Shuib.
@shuibsepahtu Saje edit video ni guna suara Wais nyanyi lagu “Tears In Heaven” 5 tahun berlalu,tapi takde satu hari pon tanpa memikirkan Dia. Uwais Alqarni ❤️ Ibu
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Must be dia paling banyak memory dengan ibu dia kan, sebab anak sulung.. dan dia juga yang paling sedih bila kehilangan ibu.. “
” Shuib.. hang mmg main jiwa.. bejurai ayaq mata.. batal puasa aku ib.. alfatihah untuk arwah Siti Sarah.. moga tenang di sana.. “
” Sebak dgr uwais nyanyi lagu ni. Dpt rasa dia merindui arwah ibunya. Al-fatihah buat arwah siti sarah.. “
” Arghh jangan bang, aku nangis kang.. sedih betul masa arwah siti sarah meninggal masa kita covid.. uwais anak soleh ibu yang akan selalu rindukan ibu.. “
” Effortless betul suara dia.. mmg gifted bakat menyanyi. subhanallah mcm2 bakat Uwais. moga sukses di dlm apa jua bidang yg diceburi. Aamiin.. “
” Cantik bidadari syurga Allahyarhamah siti sarah.. seorang yg penyayang, pemurah.. pergi dlm redha suami.. AlFatihah buat arwah.. “
” Meleleh air mata aku woii.. tengok sarah peluk cium uwais.. tambah pulak dengan suara uwais, laju air mata aku turun Ib.. sedihnya ingatkan sarah dah tiada.. “
Kenangan yang tidak akan pernah luput dari ingatan Shuib dan Uwais. Kini, kenangan itu lah yang menjadi pengubat rindu mereka terhadap arwah Siti Sarah. Semoga arwah tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

