Artis / Selebriti
” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
Video anak perempuan Ina Naim, Phyrosh Elfadwah menyanyi lagu Ara Johari, Menjaga Jodoh Orang Lain ketika live raih pujian warganet. Wah merdunya suara Yosh, versi yang paling menusuk ke hati..
Selepas Hadie Elfardie, adik perempuannya Phyrosh Elfadwah pula menjadi perhatian wargamaya. Sama seperti Hadie, Phyrosh atau mesra dengan sapaan Yosh ini memiliki tone suara yang merdu dan sedap didengar. Vokal Yosh juga bagus dan dipuji oleh warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Berita Kopak yang diulangsiar daripada akaun Tiktok Editz Yosh, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Yosh secara live menyampaikan lagu berjudul Menjaga Jodoh Orang lain. Lagu dendangan asal Ara Johari ini sangat sesuai dengan tone suara Yosh.
Ramai di kalangan warganet memuji kelunakan suara Yosh selepas menonton video perkongsian ini. Yosh masih malu-malu dan ketika menyanyikan lagu ini, Yosh menghalakan kamera ke arah lain. Kegemersikan suara Yosh itu membuatkan lontaran suaranya menusuk ke hati pendengar.

Sekadar info, Yosh bakal keluar dengan single barunya berjudul Hati Yang Dikecewa dan sesi recording telah pun selesai dijalankan. Jaja Ishak bertindak sebagai penerbit dan single ini dijangkakan bakal menjadi lagu hits dan menjadi siulan ramai kelak.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Yosh dan Hadie pls masuk kelas vokal untuk Polish sikit je lagi sebab tone suara you’ll are gifted.. “
” Yosh punya tone sangat sedap.. kalau pegi kelas vocal untuk cantikkan lagi… perghh… silap2 boleh berdiri kt pentas ajl.. “
” Ala tak sempat masuk live yosh tadi.. sedapnya suara Yosh ni, makin mantap suara dia.. “
” Woi Sora yosh macam sora raisa penyanyi indonesia ni tone dia… suruh nanyi lagu raisa confirm asyukkkkkkk.. “
” Yosh ni sudah berbakat cuma kena polish bagi lagi hebat je.. suara dia tu boleh buat meremang kita yang dengar.. “
” Ala dia sorok muka pulak kali ni.. dengar suara tu pun dah sedap sangat sangat. Yosh ni cantik, sopan pulak tu. Memang pakej lah.. “
” Bestnya Yosh cover lagu menjaga jodoh orang lain ni. suara Yosh tu gemersik dan menusuk kita dengar.. feel tu sampai.. “
Tone suara Yosh memang sedap didengar dan membuatkan penghayatannya lebih sampai ke hati. Bakat sudah ada, tinggal digilap dan berlatih dengan guru vokal pasti Yosh akan lebih menyerlah dan bersinar dalam industri. Semoga Yosh akan menjadi penyanyi pelapis yang berjaya suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Berita Kopak, Tiktok Editz Yosh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku tak boleh la tengok baby ni. Lebih 10 kali aku ulang tetap berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuhhh meremang dengar dia bawa lagu ni. Lain daripada yang lain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli

