Artis / Selebriti
” Yeyyy dah pandai meniarap dah, cepatnya awak Bunga.. ” – Netizen
Video Anak Elisya Sandha, Bunga Elhaq Yang Sudah Berjaya Memusingkan Badannya Sendiri Untuk Meniarap Raih Perhatian Peminat. Wah Laju Je Gerakan Bunga Ni, Good Job Bunga !!
Lebih kurang 10 hari sahaja lagi, anak sulung Elisya Sandha iaitu Bunga Elhaq bakal berusia 4 bulan. Anak yang baik dan tidak banyak ragamnya, Elisya turut dibantu oleh ibu mertuanya, Sheila Rusly dalam menjaga Bunga.
Meninjau akaun Instagram Bunga Elhaq, telah dikongsikan satu video terbaru Bunga. Video pendek ini memaparkan gelagat Bunga yang sudah pandai memusingkan badannya ke arah hadapan untuk meniarap.
Kebiasaannya, bayi akan mula belajar untuk meniarap di antara umur 2 ke 4 bulan dan ianya bergantung kepada fizikal bayi itu juga. Ada yang cepat dan ada juga yang berusia 5 bulan ke atas baru melepasi fasa meniarap.

Melihat Bunga dalam video ini, laju sahaja gerakan badannya dipusingkan untuk meniarap. Dengan sebelah tangannya terkep1t di bawah badan, Bunga diam sahaja dan berusaha untuk menegakkan kepalanya itu.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian ini telahpun meraih lebih 2000 tanda suka daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :
” Yeyyyyy she did it finally. DH pndi Bunga . cepat cerdik anak seorang ni. Alhamdulillah, well done bunga.. “
” Allahu cepatnya awak. Jgn cepat sangat membesar wahai bunga. Udah ke fasa ni yer.. “
” Yes Little Bunga very good. Masya-Allah..so cute Bunga. Alhamdulillah munghaa dahhh beesaqq comeiii sangatt luv.. “
” Comelnyaaa bunga, Cerdik ni. Yeyyy dah pandai meniarap dah. Cute sangat muka tu.. “
” Halah halah muka happy tu bunga. senyum je, yahoo bunga berjaya meniarap. lepas ni makin lasaklah bunga hehe.. “
Cepat juga fasa perkembangan Bunga, selepas meniarap nanti masuk ke fasa merangkak dan seterusnya berjalan. Tentu ketika itu semakin meriah suasana di rumah Elisya melihat telatah si Bunga yang comel ini.

Peminat turut sama teruja melihat perkembangan Bunga ini. Semoga Bunga terus membesar dengan sihat, dikurniakan akal yang bijak, menjadi anak yang solehah dan insan yang berguna kepada semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bunga Elhaq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen

