Artis / Selebriti
” Yeahhh akhirnya, kemain ek. Kita pulak yang blushing.. ” – Netizen
Video Norreen Iman Bertemu Zul Ariffin Buat Warganet Terhibur. Wah Takde Skodeng Dari Jauh Ye, Kali Ni Norreen Terjah Zul Terus. Siap Borak, Zul Puji Norreen Cantik Bertudung. Nampaknya Sengih Berhari-Hari Lah Norreen, Hehe !!
Norreen Iman memang dikenali ramai kerana sifat humour yang ada pada dirinya itu. Suka membuat jenaka spontan dengan reaksi muka yang mencuit hati, ada sahaja perkongsian Norreen yang menarik perhatian warganet untuk terus menonton video-video yang dikongsikan.
Bagi yang mengikuti Norreen pastinya ingat kejadian tahun lalu ketika Norreen meng’usha’ pelakon Zul Ariffin dari jauh. Kali ini peristiwa sama berulang kembali apabila Norreen terserempak dengan Zul dalam sebuah majlis. Meninjau akaun Instagram Norreen, telah dimuatnaik video yang memaparkan kejadian ini.

Klik gambar untuk info..
Awalnya Norreen meminta seseorang merakamnya bersama Zul dari jauh tetapi apabila Norreen cuba menegur Zul dan dibalas, terus Norreen jadi berani mendekati Zul. Zul memuji Norreen yang cantik apabila berhijab sambil membuat isyarat jari tanda bagus.

Tidak melepaskan peluang yang datang, Norreen terus menghampiri Zul dan berbual bersama pelakon pujaannya ini. Zul sememangnya seorang yang sporting dan ramah berbual, lagi tersengih-sengih lah Norreen. Impian menjadi kenyataan dapat merakam moment indah dengan crush.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Norreen ini telah pun meraih hampir 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Uihhhhh malam ni jangan senyum sensorang. ajak kita skali.. abang Zul puji kau kakkk… aaa sungguh jeles.. ”
” Wahh tahun ni dapat berborak la… bagus la noreen semakin berani , buat hal la dia ni hehe…. thn dpn ajak iftar semeja pulak ke hehe… geram aku ngan noreen ni la.. ”
” Sama naik korang haha.. tak tidur malam Noreen weh haha.. adoi gigil wei. zul ariffin kot.. kali ini Norreen dah boleh senyum.. ”
” Noreen haha. dah lah perut kenyang, kena gelak berdekah pulak tu haha.. Tengok sekali noreen, tengok dua kali Najwa Latif.. ”
” Akak ulang 2 kali tau nak tgok zul ariffin ckp dgn Kau dik.. Tidur lenaaa sambil senyumlahh nampaknya norreen.. ”
” Ishh kita pun gigil tengok.. Mcm ni la saya rasa bila saya tengah interview artis2 dtg tempat keje sy. Menggigil mat. Dpt rasa Norenn ketorrr tu.. ”
” Yeahhh akhirnya, kemain ek. Kita pulak yang blushing, kena puji dengan abam sado tu.. Eh dengan kita sama rasa gigilnya tu.. ”
Tercapai hasrat Norreen hendak bercakap dengan Zul Ariffin, siapa yang tak gigil hero pujaan malaya tu. Mesti senyum meleret Norreen mengenangkan pujian Zul tu. Mana tahu selepas ini ada peluang berlakon sama. Apa-apa pun, semoga Norreen happy selalu dan selamat berpuasa Norreen.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Norreen Iman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti3 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen


