Artis / Selebriti
” YB dah berterus terang dah ni, nampak kejujuran cinta diaorang.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq menjawab soalan daripada viewer ketika sedang live yang mahukan dirinya di beg kuning buat ramai teruja. Wah jawapan YB memang tak berselindung dah ni. Berbunga-bunga hati Bella, satu dunia tahu..
Penangan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq (BASS) bukan biasa-biasa dan ramai yang menyukai hubungan rapat pasangan ini. Bukan lagi marketing untuk produk, hubungan Bella dan YB Saddiq lebih daripada sekadar kawan sekerja dan kemesraan yang terjalin antara mereka berdua kelihatan nyata.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Imsitizoner, telah dikongsikan satu babak menarik ketika Bella dan YB Saddiq sedang live mempromosikan minyak wangi Dolcea. Soalan viewers banyak yang nakal dan mengusik Bella dan YB Saddiq, namun pasangan ini tetap melayani dengan baik.
Salah satunya soalan yang diberikan bertanya adakah YB Saddiq ada dijual di dalam beg kuning. Sikap dan cara YB Saddiq melayani Bella menggambarkan dirinya seorang yang gentleman dan mampu menjadi pelindung serta teman hidup yang setia untuk Bella mencuri hati ramai wanita.

YB Saddiq menjawab soalan itu dengan cukup tenang dan yakin. Semua juga mengetahui YB Saddiq memang jujur dan telus orangnya. Jawapan YB Saddiq cukup untuk menyakinkan semua yang menonton live ini yang hubungan mereka benar-benar serius.
Jom tonton video di bawah :
@imsitizoner
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Yb dah berterus terang dah niii.. Jangan beli Yb tau.. ñanti Bella marah.. nampak kejujuran cinta diaorang niii, kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat Yb dengan Bella.. Aamiin.. “
” Kita yg blushing dgr. Sy sengih sorang2 ms live td. Siap pki earphone. Dahsyat sungguh penangan BASS.. “
” Ini bukan lgi promote produk tapi menyatakan perasaan masing2.. YB sangat jujur dgn perasaannya terhadap Bella.. “
” Cara nak bagitau the universe dia milik Bella.. Paham.. aouchhhhh.. YB la ni dah semakin pick up.. dah tak blur sgt.. “
” YB dh sold out, purchased by Bella.. muka yb lepas buat pickup line lucu. YB nii… org dh blushing guling2.. dia punyer muka mcm takde pape berlaku Padahal Skrg dah makin pandai pick up line dah.. “
” Bagus yb ni berterus terang walaupun dia tau ramai yg tgok.. ya betul la tu, YB bukan untuk dijual.. benar benar cinta luar biasa itu wujud di alam bass.. “
” Wow jawapan yang sweet, banyak yb belajar daripada Bella. Jujur YB, cintya BASS tiada rahsia lagi.. senyum senyum saya sorang yb.. “
Tiada lagi rahsia, semuanya sudah nyata dan diucapkan secara jelas oleh YB Saddiq. Bella tidak perlu katakan apa pun kerana dari senyuman Bella sudah tahu hati mereka berdua sedang berbunga bahagia. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Bella dan YB Saddiq.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Imsitizoner
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

