Artis / Selebriti
” YB dah ada kemajuan, sudah semakin lembut ye lenggoknya YB.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq dan Bella Astillah menari lagu raya Meriah Lain Macam raih perhatian ramai. Wah, nampak YB dah pandai menarilah sekarang. Bukan main lenggok lagi YB menari. Dah tak keras dan kaku, jauh beza dengan sebelum ni..
Meninjau ke akaun Instagram Absolut Bazaar, perkongsian sebuah video yang memaparkan YB syed Saddiq dan Bella Astillah sedang menari telah meraih perhatian ramai. Pasangan ini menari untuk promosi Absolut Bazaar Gaya Raya 2026.
Dengan berlatarkan lagu Meriah Lain Macam yang dinyanyikan oleh Hael Husaini dan Nadeera, ramai peminat mula memuji gaya tarian YB Syed Saddiq. Kali ini gaya tarian YB tidak nampak kaku atau pun keras. Sudah nampak perkembangan yang membanggakan.
Semestinya YB sudah banyak kali berlatih untuk menari dan berjaya membuatkan ramai peminat terpersona. Tiadalah Bella seorang sahaja nampak lenggok lembutnya, tetapi kali ini tarian YB sudah boleh matching dengan Bella.

Perkongsian video ini telah menerima lebih empat ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pastinya ramai peminat tidak sabar untuk berjumpa dengan pasangan BASS ini ketika event Absolut Bazaar yang bakal berlangsung.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oeh mereka ialah :
” Ni tahun kedua saya tengok drama raya korang bersayang2 ye..lesen naik gunung pun dah renewal..naik pelamin je kami tengah tunggu2 ni..
” Wau sudah semakin lembut ye lenggoknya yb, bella cikgu terbaik .. YB dh ada kemajuan. Semuanya kerana Bella kan.. “
” Yb dh pandai menari yee sekarang niiiii. Sangat2 padan bah diorang ni. Hrp2 Raya thn Ni dah blh Salam cium tgn btl2. Aamiin.. “
” Yb pandai menari sda sejak bersama yayang nya lembut semua badan .. Nak tunggu Ara komen apa nanti bila dia tengok ni .. “
” Dah pandai menari dah lembut dah Alhamdulillah Ade kemajuan YB janji dekat sebelah YB Ade Yayang bellaastillah Semua onzz ingat dulu x YB 2 oyen tu .. “
” Terkejut tengok SAYANG yg first tu. Mcm nak kaut bella bawah ketiak abam jer.. Aduhhh yb…!! Lg sekali..! Buat elok2.. “
” Fuiyooo.. Mana tarian keras dulu tu.. Dah ada kemajuan YB.. Yeayyy YY.. Korang juara utk trend sayang ni mnggamit memori kami tahun lepas.. “
Dalam keterujaan peminat, satu perkara perlu diingat, jodoh merupakan ketentuan Ilahi. Jika ada jodoh, pasti tak ke mana. Andai belum masanya, kita doakan yang terbaik buat mereka. Peminat setia menunggu dengan sabar, penuh doa dan harapan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Absolut Bazaar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen

