Connect with us

Artis / Selebriti

” YB baru nak fokus dengar Bella nyanyi, Bella boleh reverse pulak, haha.. ” – Komen Netizen

Video Bella Astillah menyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta di hadapan YB Syed Saddiq buat ramai terhibur. Sekali YB pandang, terus Bella tak boleh habiskan lagu, sweet sangat couple ni.. 

Kisah cinta antara Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukanlah lagi satu rahsia di kalangan peminat. Setiap perkongsian melibatkan mereka berdua pasti mengundang rasa teruja dan tumpang bahagia daripada warganet. Ramai yang melihat hubungan ini sebagai sesuatu yang manis dan penuh keserasian.

Terbaharu, menerusi akaun TikTok milik teamsaddiq, telah dikongsikan satu video memaparkan telatah Bella yang cuba menyanyi khas buat Syed Saddiq. Menerusi video tersebut, kelihatan YB Syed Saddiq sedang tekun menghafal skrip, manakala Bella pula datang menghampiri sambil menyampaikan sebuah lagu.

Kedengaran Bella telah menyanyikan lagu berjudul Ayat-Ayat Cinta yang dipopularkan oleh penyanyi terkenal dari Indonesia, Dato’ Sri Rossa. Nyanyian Bella yang lembut dan bersahaja itu mencuri perhatian hingga menambahkan lagi suasana romantik dalam video berkenaan.

Namun begitu, ketika sedang asyik menyanyi, Syed Saddiq tiba-tiba memandang tepat ke arah Bella. Pandangan tersebut membuatkan Bella terus terhenti dan tersipu-sipu malu. Reaksi spontan itu jelas mencuit hati dan membuatkan suasana menjadi lebih manis.

Tonton video di bawah ini :

@teamsaddiq

siapa je tak nervous nyanyi depan YB🫣 #syedsaddiq #bellaastillah #fyp

♬ original sound – Team Saddiq – Team Saddiq

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” YB baru nak fokus dengar Bella nyanyi, Bella boleh reverse pulak, haha.. YB baru bersedia nak blushing tau.. “

” Fuyoooo YB senyum Bella Le pulak tiba2 terus dok ketawa.. Mesti bella tak boleh fokus tengok mata YB kan.. “

” Ala bella nervous plk.. YB baru nak menghayati tau lagu tu, hheee cute tengok pasangan ni.. Cepat lah kahwin.. “

” Carry on nyanyilah Bella, Yb happy dan rasa bangga tu.. Kita tumpang happy for both of you ok.. Caiyokkk Bella, ehhe.. “

” Tenungan mata ybss bella pun kalah.. Aus kt belakang tu pun tumpang ketawa sekali tengok perangai Bella.. “

” Terus jadi lemah yer Bella sekali YB pandang tenung mata, ahhahaha.. Kita pun baru nk layan dengar Bella nyanyi.. “

” Ingatkan yb yg blushing, last2 orang yg nak mengusik yg blushing.. Bellaaaaa.. YB br mcm nk “sweetnya sayang”.. Alih2 potong, haha.. “

Selain itu, warganet turut meluahkan rasa terhibur menonton momen tersebut lebih-lebih lagi telatah Bella yang kelihatan begitu malu-malu dengan YB Syed Saddiq. Malah tidak kurang juga, ada yang mendoakan agar hubungan pasangan ini terus berkekalan.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok teamsaddiq

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

The Originote Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak