Artis / Selebriti
” Yang ni walaupun malu-malu tak rasa gedik. Aku pulak yang blushing tengok dorang.. ” – Komen Netizen
Video moment sarung cincin pasangan pengantin baru, Farhatul Fairuzah dan Ilham Amri raih perhatian ramai. Alahai malu-malu Farha masa nak sarung cincin. Nervous pun comel..
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja bekas juara qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaaan, Farhatul Fairuzah sah menjadi isteri kepada Ilham Amri. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh abang Farhatul dan hanya dengan sekali lafaz sahaja mereka sah sebagai pasangan suami isteri.
Banyak moment indah yang dicipta oleh pasangan ini sepanjang majlis akad nikah mereka. Gelagat pengantin baru ini juga menjadi perhatian ramai. Meninjau entry di akaun Instagram Khulafa Studio, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika pasangan pengantin menjalankan upacara sarung cincin.
Agak kekok bagi Farhatul yang baru kali pertama menyarung cincin ke jari lelaki selain ahli keluarganya. Wajah Farhatul yang malu-malu dan sedikit gementar itu membuatkan ramai yang tersenyum melihatnya. Ditambah pula ada yang mengusik dari bawah pelamin, lagi segan pengantin perempuan dibuatnya.

Telatah Farhatul itu meraih perhatian warganet dan rata-ratanya terhibur melihat gelagat Farhatul. Selesai menyarung cincin, kelihatan Farhatul menarik nafas lega. Bak kata Farhatul, seperti mimpi sahaja dia tiba-tiba berkahwin dan bergelar isteri.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 40 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Yang ni walaupun malu-malu tak rasa gedik-gedik.. sampai aku pulak yang blushing tengok dorang.. “
” Yang orang depan dok berdehem-dehem tu dah kenapa haha.. macam ni bgus, rilek je.. tak poyo malu-mali.. nebes sesikit tapi masih sweet tengok.. “
” Dah la cantik… agama pun perfect. satu dalam seribu ni. tahniah farha dan ustaz ilham.. korang memang secocok bersama.. sekufu dalam agama.. “
” The real ” bercinta selepas nikah ” .. tahniah.. momen ni faham sangat.. for the first time pegang tangan selain beradik lelaki sendiri n bapa memang xsama.. segan weyyy.. “
” Elok je sarung cincin, takde tergeliat-geliat… I sukaaa tengok farha dan suami.. muka seiras, sepadan sangat.. “
” Comel je tengok gelagat pengantin baru ni. sama-sama sekufu dan sepadan. cute je Farha sampai tersenget-senget tangan tu nak sarung cincin.. “
Comel sungguh gelagat Farhatul dan Ustaz Ilham tu. Bukan hanya mereka berdua yang blushing atas pelamin, yang menonton ni pun katanya ada yang tersipu-sipu sama. Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia sehingga ke akhir nyawa.

Silakan SHARE..
Sumber : Instagram Khulafa Studio, IG Farhatul Fairuzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen

