Artis / Selebriti
” Ya, kami sudah put0s tunang. Jodoh kami tertulis sampai di situ sahaja.. “

Pengakuan Penerbit Filem Hafiz Rozlan Tentang Pertunangannya Bersama Azar Azmi. Moga Kedua-Duanya Kuat !!
Nama Azar Azmi mula tular apabila lakonannya dalam drama Nur 2 mendapat pujian ramai. Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah binti Azmi dilahirkan pada tanggal 13 Mac 1989 di Rembau Negeri Sembilan. Beliau adalah anak ketiga daripada lima orang adik beradik.
Langkah seni Azar bermula dengan penyertaannya dalam pertandingan Dewi Remaja 2009/10 yang turut disertai oleh Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna Nasir. Dikenali sebagai pelakon, drama pertama lakonan Azar Mr Boss Miss Stalker pada tahun 2016.
Setelah itu, Azar menerima banyak tawaran lakonan lain antaranya Suri Hati Mr Pilot, Gerak Khas, Pujaan Hati Kanda dan banyak lagi. Namun namanya mula menjadi bualan peminat setelah lakonan berkesan dalam Nur 2 yang benar-benar membuatkan penonton jadi benc1 pada karektor yang dibawakannya itu. Drama terkini lakonannya bersama Azlee Khairi dan Fizo Omar berjudul Maaf Tak Indah juga membuatkan namanya semakin disebut-sebut.
Menurut laporan Harian Metro, ikatan pertunangan antara Azar Azmi bersama penerbit filem, Hafiz Rozlan dikatakan sudah berakh1r Februari lalu. Tidak menjelaskan secara terperinci sebab musab4b terjadinya peristiwa ini, Hafiz hanya meminta didoakan segalanya yang terbaik buat dirinya dan Azar.
Untuk pengetahuan, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 1 Disember yang lalu. Mereka turut merancang untuk bernikah pada hujung tahun ini. Namun segalanya telah tertulis, mungkin tiada jodoh antara mereka.
Rata-rata netizen turut tumpang sed1h dengan berita ini. Antara komen-komen netizen :
” Sebaik-baik ketentuan dariNya.. “
” Ya Allah.. Sed1hnya.. ”
” Tak apalah dah tak ada jodoh.. “
” Aku baru tau yg dia ni tunang org drpd artikel put0s tunang ni… huhu.. “
Walau apa jua alasannya, hanya Azar dan Hafiz sahaja yang mengetahui. Namun Hafiz tetap mendoakan segalanya yang baik untuk bekas tunangnya itu. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segalanya dipermudahkan buat Hafiz dan Azar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG & Web Harian Metro, IG Azar Azmi by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bagus Mira ni takde nak overshadow. Dia buat the best untuk anak Fattah. Auntie Mira sweet.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak time Hadie tunjuk gambar tu. Dato’ AC duk bahan dia, sekali dia bahan Dato’ AC balik, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Manja eh Ernie ni, siap pak dengan mak sedara panggil panggilan macam tu, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sampai ke hati weh dengar suara Hadie tanpa muzik ni. Lagi tangkap sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sebab Thalita ? Adil kah untuk yang lain ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Allahuakbar kesiannya, sakitnya hati dengar. Sampai macam tu kena buli.. ” – Komen Netizen