Artis / Selebriti
” Ya ampun Hayla. Anak bertuah ni, slow-slow ikut perangai bapak dia, haha.. ” – Komen Netizen
Video Anak Perempuan Aeril Zafrel, Hayla Melakonkan Babak ‘Me When My Parents Are Sleeping’ VS ‘My Parents When I’m Sleeping’ Buat Ramai Terhibur. Part Yang Hayla Tiru Gaya Wawa Tu Sebijik Betul. Kelakar Macam Bapak Dia Juga Hayla Ni, Haha !!
Menerusi perkongsian video di akaun Instagram Hayla Adzkiyaa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak perempuan kepada Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, Hayla melakonkan situasi yang sering terjadi di rumah. Babak yang dilakonkan adalah mengenai kelakuan si anak ketika ibu bapa sedang tidur dan kelakuan ibu bapa ketika anak sedang tidur.
Video yang dilakonkan oleh Hayla ini mengundang tawa warganet. Anak cukup berhati-hati melakukan segala perkara supaya tidak kedengaran satu pun bunyi ketika ibu bapa mereka tidur tetapi berbeza dengan kelakuan ibu bapa. Habis segala periuk belanga dibunyikan sehingga kedengaran bunyi bising.
Part akhir Hayla mengenakan shawl dan berlakon seolah-olah sedang bercakap dengan seseorang di talian paling mencuit hati ramai. Memetik komen warganet, gayanya itu saling tak tumpah seperti gaya Wawa bercakap. Pandai betul Hayla berlakon dan bakat melawaknya itu sama seperti Aeril.

Ini membuatkan warganet berseloroh mengatakan Hayla bakal menggantikan tempat Aeril yang diberi jolokan President Tiktok. Tentu ini adalah idea Aeril dan pasti Aeril juga lah yang merakamkan gelagat Hayla itu. Jika bergabung anak dan ayah dalam satu video, tentu lagi berdekah warganet ketawa dengan lakonan mereka.
Jom tonton video di bawah :
Video gelagat Hayla ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Slow-slow ikut perangai bapak dia dah ni, haha. Penerus gen bapak dia raja tiktok.. mybe princess tiktok hahaha.. “
” Masalahnya Hayla makin terselah cantiknya. Nak ganti bapak mu ke Hayla haha.. CEO Tiktok baru kita.. “
” Terasa sebab buat tapi terbalik haha. Cantiknya Hayla pakai shawl.. Hat tiru gaya mak dia tuh lawak betul.. “
” Hahah gosip pulak on phone… adui budak ni kan, dia mengata wawa weii haha.. perangai bapak sangat ni Hayla.. “
” Ya ampun Hayla.. Anak bertuah ni, kuat betul dna bapak dia ni. Tentu idea Aeril ni, bapaknya juga yang merakam lah tu.. Part last tu lawak, wawa pun kena.. “
” Last tu macam jujur je, haha.. Lawak juga budak Hayla ni. berjangkit perangai si Aeril, sah berjangkit.. “
” Mamakmu call siapa tu bagitahu tadi aku pegi mall tak sedap makanan dia.. Lucu pulak Hayla ni.. sebijik wawa masa tgh on call tuu .. “
Makin lawak anak dara Wawa ini, mesti mengikut perangai Aeril. Gaya Hayla meniru Wawa itu juga sangat mencuit hati, cara cakap pun sama. Rupa-rupanya ramai yang merasai situasi seperti dalam video Hayla ini. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hayla_family
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen

