Viral
” Ya Allah, sayu tengok. Gambar sebelum naik bas, semua happy tanpa tahu tu malam berlakunya tragedi.. ” – Komen Netizen

Perkongsian kakak kepada arwah Fakhrul Arif (UPSI) gambar terakhir mereka sekeluarga bersama arwah Fakhrul pada malam kejadian buat ramai tersentuh. Betul-betul depan bas yang meragut nyawa Fakhrul, sebaknya..
Fakhrul Arif Rosdi salah seorang mangsa nahas bas terbalik yang melibatkan sekumpulan pelajar UPSI. Seorang kawan yang baik di kampus, kebaikan Fakhrul diceritakan oleh ramai rakan-rakannya di media sosial. Ianya satu kehilangan yang dirasai oleh rakan-rakannya.
Keluarga Fakhrul pastinya yang paling terkesan dengan kehilangan Fakhrul. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok .nurul_azlin, telah dikongsikan satu posting yang dicoretkan oleh kakak Fakhrul sendiri, Elin. Hati kakak mana yang tidak sedih apabila adik tersayang pergi untuk selama-lamanya.
Kata Elin, Fakhrul yang dipanggilnya sebagai Angah ini bukan sahaja adik tetapi penyejuk hati untuk dirinya dan orang lain. Perginya Fakhrul mengadap Ilahi ketika dalam perjuangannya menuntut ilmu adalah satu kehilangan besar untuk Elin sekeluarga.
Melihat dari gambar-gambar yang dikongsikan, Fakhrul seorang yang anak dan adik yang ceria. Moment hari raya terakhir mereka bersama akan menjadi memori indah selamanya. Gambar Fakhrul bersama keluarga berlatar belakangkan bas yang dinaiki pada malam kejadian juga mengundang sebak warganet.
Jom baca perkongsian di bawah :
Lebih 66 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Betul-betul gambar depan bas yang meragut nyawa dia.. arwah ni lah yer yg ayhnye cite xsihat tuu .. ayahnye suruh naik bas utk tidur sbb demam.. dia naik bas terus tidur.. “
” Salam takziah dik. akak yang datang rumah awak aritu mase serah sijil kematian.. Allahu arwah & family bergambar depan Bas yg acdent .. Smoga syurga buat awak dik. Akak yakin awak anak yg baik.. “
” Al fatihah utk arwah Fakhrul Arif.. moga tenang dialam sana.. bersama2 org2 yg beriman.. utk ahli keluarga moga kuat, tabah & redha dgn ujian ini.. “
” Ya Allah.. sayu tgk semua gambar2.. gambar sebelum naik bas semua happy.. tanpa tahu tu mlm berlakunye tragedi.. salam takziah.. “
” Mak arwah mata dah merah dan nampak berair dalam gmbar masa sblm naik bas. Mgkin mak nya dh rasa sedih atau tak sedap hati kan kan.. “
” Ni gambar sebelum naik bas kt blakang tu ke.. sbb tgk dia pkai bju putih .. mcm dh tahu. arwah fakhrul dah janji dengan Allah dlm perut ibunya lagi Dah,di usia berapa dia akan kembali pada pencipta ,semoga Allah angkat darjat awak fakhrul.. “
” Hebat adik Fakhrul Arif. Apa amalannya semoga dikongsi perginya Husnul Khatimah, walaupun tidak sempurna tp tetap perginya seorang syuhada’ dan tiada tempat sebaik2 syurga. Semoga ditempatkan bersama2 mereka yang solehiin dan syuhada’ di syurgaNya aamiin.. Al Fatihah untuk arwah adik Fakhrul.. “
Kerinduan seorang kakak yang tidak akan pernah padam untuk adik tersayang. Gambar kenangan terakhir yang tersimpan pelbagai memori suka dan duka. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan agar arwah Fakhrul tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok E L I N, Tiktok Yusmaimiyusof
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” Demi hendak menyelamatkan sahabatnya, dia rela korbankan diri dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Cemburunya dengan arwah, datang dalam keadaan paling cantik dan manis untuk ayahnya.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 hours ago
” Sumpah nangis dengar pesanan akhir Nurly untuk Lily. Sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen
-
Viral11 hours ago
” Ayat tu dulu buat aku senyum. Hari ini, ayat itulah yang buat aku menangis.. ” – Tunang Nur Ainul Qistina
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Anak saya baru saja menghembuskan nafas terakhir.. ” – Rahmad Mega
-
Viral3 days ago
” Rupanya itu petanda dia dah nak pergi. Dia dah rasa tak sedap tapi tak tahu nak bagitahu macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dariya jangan kantoikan abah, part lap tisu kat mulut si abang tu terus pecah gelak.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Bayangan bas tu dekat taman, ibarat mereka di syurga.. ” – Komen Netizen