Artis / Selebriti
” Ya Allah sayu hati tengok, Uwais rindu sangat pada ibu tu.. ” – Komen Netizen
Video Shuib Sepahtu bersama anaknya, Uwais Al-Qarni dan Ariq Matin menziarahi pusara arwah Siti Sarah buat warganet sebak. Sedihnya tengok Uwais menangis macam tu. Anak sulung yang banyak memendam rasa rindu pada ibu..
Pejam celik, pejam celik, sudah 5 tahun berlalu sejak arwah Siti Sarah pergi menemui Pencipta-Nya. Masa berlalu, namun rasa rindu Shuib dan anak-anaknya terhadap Siti Sarah tidak pernah berkurang dan pudar. Mereka sering menziarahi pusara Siti Sarah untuk melepaskan rasa rindu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib bersama Uwais Al-Qarni dan Ariq Matin di pusara Siti Sarah. Kelihatan Uwais menundukkan kepalanya dan menangis meluahkan rasa rindunya terhadap ibu tersayang.
Shuib yang menyedari Uwais menangis terus memeluk erat Uwais untuk menenangkan anak sulungnya itu. Uwais, anak sulung yang paling banyak menyimpan kenangan manis bersama ibu. Uwais juga sama seperti adik-adiknya yang lain, sentiasa merindui ibu yang telah pergi jauh.

Melihat moment ini membuatkan warganet turut tersentuh. Kesedihan Uwais dan beban rindu yang ditanggung turut dirasai oleh warganet. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pastinya menggunung rasa rindu Uwais terhadap arwah ibunya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 179 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hadiah terindah dan terhebat buat arwah ialah miliki anak soleh yang sentiasa mendoakan nya. MasyaAllah anak yang baik, anak soleh ibu, daddy and mummy.. ”
” Al-fatihah, sabar ya pabor.. semoga kuat uwaiss untuk hari mendatang. Bulan puasa buat kita rindu yg teramat sgt pada arwah ibu ayah kita… Al-fatihah buat arwah² yg telah pergi dulu dr kita.. “
” Uwais sayang.. banyak beban rindu tu.. sabar ye sayang.. membesar jadi anak yg hebat ye.. doakan ibu Uwais ye.. “
” Uwais : “aunty kenapa daddy pergi kubur pakai baju sama dia keluar tadi? siapa yang meninggal? kenapa dia tulis anak anak belum tahu?” ayat ni memang selalu ingat.. “
” Saya teringat pelukan terakhir arwah dgn ank2 sambil pakai neb atas kerusi roda… tu kali terakhir mereka berjumpa… tgk uwais nangis, saya yang banjir airmata.. “
” Ya Allah sayu hati tgok, uwais rindu sgt pada ibu tu…. rindu y tiada penghujungnya moga uwais jd anak y soleh jaga adik²syg Al-Fatihah dibaca utk arwah siti sarah aminnnnnnn.. “
” Dia anak sulung byk lg kenangan dia, ingat semua.. dalam uwais senyum, dia tanggung rindu yang paling dalam.. anak sulung dia menyimpan 1000 rasa. tq daddy dia tlg hug dia. mungkin dia rasa rindu kt arwah ibu dia.. “
Ramai yang sebak melihat Shuib dan Uwais menangis sambil berpelukan. Rasa rindu yang tidak akan pernah padam untuk Siti Sarah. Semoga Uwais, Shuib dan seluruh keluarga terus kuat serta selalu mendoakan arwah Siti Sarah di sana. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-fatihah untuk arwah Siti Sarah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu, IG Siti Sarah Raissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

