Connect with us

Artis / Selebriti

” Ya Allah, merdunya suara Amira mengaji. Cukup sempurna bacaan dan makhrajnya.. ” – Komen Netizen

Video Amira Othman mengalunkan bacaan surah Al-Buruj buat ramai terpegun. Wah menyanyi memang dah sedap, bila mengaji Al-Quran lagi berganda-ganda merdu suara tu. Sejuk hati dengar, memang calon isteri idaman ramai ni..

Nama Amira Othman semakin hari semakin menjadi sebutan ramai. Impak dari gandingannya bersama duda terhangat di pasaran, Fattah Amin melonjakkan kembali nama Amira yang pernah sepi dari dunia hiburan tanah air sebelum ini. Segalanya yang Amira lakukan sekarang menjadi perhatian warganet.

Meninjau entry di akaun Instagram House Of Bukhotsir, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aksi Amira mengaji Al-Quran. Amira memperdengarkan bacaannya untuk surah Al-Buruj yang mempunyai 22 ayat terkandung dalamnya.

Warganet pastinya sudah selalu mendengar suara Amira menyanyi, kali ini suara Amira mengaji pula menjadi perhatian ramai. Allah mengurniakan Amira suara yang sangat merdu dan bacaannya itu membuatkan warganet yang menonton video ini terpegun.

Bacaan yang sempurna dengan tajwid dan makhrajnya, Amira bukan artis yang biasa-biasa. Bak komen warganet, Amira ini seorang yang seimbang dunia dan akhirat. Beruntung lah siapa yang menjadikan Amira sebagai isteri. Sejuk hati mendengar suara Amira mengaji.

Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :

@19731367x

🤍🤍🤍 #amiraothman #jakel #jakelmendonia #pakmatwestern #rissaskin #ijmal #varishadaily #fyp #viral #fypppppppppppppp #foryou #trending #foryourpage #xyzbca

♬ bunyi asal – ▲House Of Bukhotsir▲ – ▲House Of Bukhotsir▲

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Hajah Amira Othman, saya buat haji 2019, sama dengan hajah Amira.. Alhamdulillah.. dunia akhirat seimbang.. sdpnya suara amira. hukum pun dibc dgn baik.byk hukum qalqolah kubra.. “

” Ya Allah merdunya suara Amira mengaji.. cukup sempurna bacaan nya. Percayalah bahawa org yg baik allah akan pasangkan dengan yg baik baik juga.. “

” Ni klu Ibu Azizah tengok ni.. terus approve nii, hantar rombongan meminang.. sejuk hati dengar bacaan mira ni.. merdu dan mendayu-dayu.. “

” Mira ank johor … sekolah Agama johor tentu nya,.. bacaan Quran Mya bagus .. tajwidnya betul … semoga bertemu dgn jodoh yg bawa ke syurga.. “

” Dia dididik baik oleh ibubapanya. Hebat mereka melahirkan anak yang hebat.. hebat agama hebat akhlak hebat budi pekerti.. “

” Allah pelihara dia untuk orang nampak biasa-biasa sahaja tetapi dia miliki segalanya.. nyanyi sedap ngji Quran pun sedap.. masyallah anugerah Allah yg terindah.. “

” Sedap suara cukup dengan makhrajnya.. bestnya.. da la cantik pandai ngaji pulak, suara pun sedap.. semoga amira othman sentiasa dlm lindungan allah s.w.t.. “

Alunan suara yang cukup merdu daripada Amira. Bukan hanya cantik tetapi juga ada ilmu agama yang cukup sempurna, beruntung siapa yang berjodohan dengan Amira nanti. Semoga segala yang baik dan jodoh yang terbaik juga datang dalam hidup Amira apabila tiba masanya nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok House Of Bukhotsir

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT