Artis / Selebriti
” Wow very talented and polish. Lepas ni boleh buat concert dengan mommy.. ” – Komen Netizen

Video Siti Aafiyah Bermain Piano Sambil Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menyanyi Raih Perhatian Warganet. Wah Hebat Lah Aafiyah, Macam Profesional. Boleh Lah Aafiyah Main Piano Masa Ibu Menyanyi Kat Konsert Nanti !!
Kalau sudah namanya selebriti popular, buatlah apa sahaja pasti akan mendapat perhatian peminat. Begitu juga yang dilalui oleh penyanyi Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Bukan sahaja dirinya menjadi perhatian, malah anak-anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa juga mempunyai ramai peminat seperti ibu mereka.
Meninjau di akaun Instagram milik fans Afwa Khalid, telah dikongsikan video penyanyi tersohor ini sedang merakam gelagat anak sulungnya, Siti Aafiyah yang sedang asyik bermain piano di sebuah ruang khas di rumah mereka. Rakaman video ini sebenarnya diambil dari IG Story milik penyanyi lagu Anta Permana itu.
Menerusi video tersebut, pada awalnya Aafiyah begitu tekun bermain piano dan dalam masa yang sama DS Siti turut menyanyi. Kedengaran lagu yang dinyanyikan oleh DS Siti adalah ‘ Can’t Help Falling In Love ‘ yang juga merupakan antara lagu kegemarannya. Namun DS Siti tidak dapat meneruskan nyanyian gara-gara anak keduanya, Afwa sedang meragam.
Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian para peminat DS Siti. Rata-ratanya memberikan emoji love di ruangan komen dan memuji Aafiyah seorang kanak-kanak yang sangat berbakat bermain piano. Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 1 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Selain itu, ada yang memuji bakat Aafiyah dan menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh peminat Aafiyah dan DS Siti adalah :
” Masya Allah tabarakallah.. Awesome Aafiyah.. Wow very talented and polish. Lepas ni boleh buat concert dgn mommy.. “
” Bijaknya kakak Aafiyah.. Lepas ni kakak Aafiyah akan lead music mcm David Foster & ibunya nyanyi.. Very talented Aafiyah, happy tengok.. “
” Alhamdulillah sejuk perut ibu mengandung bila dikurniakn ank yng bijak cantik semuga menjadi ank yang sollehah tahniah Tok Ti bgi ilmu dunia pada permata hati yng sorang ni nt afwa pun ikut jejak kakak ya.. “
Bagi yang pernah mengikuti perkembangan Aafiyah pasti mengetahui yang dari dahulu Aafiyah sudah mengikuti kelas piano. Sudah dua kali Aafiyah menyertai konsert piano yang diadakan pada tahun 2022 dan tahun 2023 lalu bersama guru yang mengajarnya. Wahh hebat anak sulung DS Siti ini.
Mana tahu suatu masa nanti apabila Aafiyah sudah besar, Aafiyah akan turut serta dalam konsert DS Siti dan bermain piano ketika ibunya sedang membuat persembahan. Apa-apa pun, semoga Aafiyah terus membesar menjadi anak yang baik serta berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG muhdafwakhalid, ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen