Artis / Selebriti
” Wow pramugara penerbangan ke mentari ufuk timur ni, haha.. ” – Netizen
Video Datuk Amy Search Membuat Pengumuman Di Dalam Kapal Terbang Raih Perhatian Warganet. Siap Ada ‘Phewit’ Lagi Tau Di Hujung Pengumuman. Comel Jer Dengar, Haha !!
Sebut sahaja nama Datuk Amy pasti ramai yang mengenalinya. Datuk Amy atau nama sebenarnya adalah Suhaimi Abdul Rahman merupakan vokalis utama bagi kumpulan SEARCH iaitu band rock paling berpengaruh dan kumpulan rock no 1 di Malaysia.
Antara lagu nyanyian Datuk Amy menjadi siulan pendengar sehingga ke hari ini adalah Isabella, Rozana, Fantasia Bulan Madu, Gadisku dan banyak lagi. Terbaru, meninjau ke akaun Instagram bernama hillary ang telah dikongsikan video memparkan Datuk Amy.
Menerusi video itu, kelihatan Datuk Amy sedang memberikan pengumuman kepada semua penumpang dalam sebuah pesawat penerbangan. Lagak Datuk Amy memberikan pengumuman tersebut sudah seperti seorang ketua cabin memberikan arahan keselamatan.

Perkongsian video ini menarik perhatian warganet. Ada peminat menyakat dengan mengatakan melihat Datuk Amy sudah seperti seorang pramugara penerbangan menuju ke Mentari Ufuk Timur (salah satu nama lagu kumpulan Search) .
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video pengumuman Datuk Amy ini dan pelbagai respon diberikan oleh mereka. Antara komen-komen menarik warganet adalah :
” Wow pramugara penerbangan ke mentari ufuk timur ni, haha.. Bang Amy, lagu Isabella 98 satu… Puwetttttttt, hahahahhaha.. “
” Wow, dah jadi cabin crew,terbang ke mana haha.. Lu memang legend Datuk Amy… lg2/muzik2 Datuk, mendewasakan sy.. Kita semua.. “
” Aku ni menua bersama2 jerit pekik lejen rock semua. Mereka ni hebat.. Legend as always, stay well and healthy bro..Untung lah blh jmp.. “
” Kawalan trafic udara hadir… Pewittt… Sempoiii ja Datuk cakap.. Dah nampak ada gaya boleh jadi ketua cabin tu, hehehe.. “
” Mengigil matt member.. Tagline tak tinggal.. Peeeweet.. Lagend dah berkata.. Terus teringat dlu pergi konsert Datuk.. “
” Ewah2..Budak Bakor Batu ni dah jadi pramugara pulak.. Kasi jamming satu kali la.. Syokkknyaaa ada pewitttt atas kapal terbang, hehe manyak untung ooooo.. “
Part tagline memang padu, semua penonton ketawa dan seronok mendengar pengumuman daripada Datuk Amy. Sementara itu, sempat di hujung pengumuman, Datuk Amy memberitahu yang dia bakal mempunyai sebuah lagu baru sempena hari raya bertajuk ‘Sujud Aidilfitri’ .

Silakan SHARE..
Sumber : IG hillary_ang, TikTok boom.malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen



