Artis / Selebriti
” Wow lagu Zamani. Merdunya, meremang betul dengar. Cara Tokti bawa lagu ni lain sangat.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Siti Nurhaliza menyanyi lagu Zamani Slam, Tak Mungkin Berpaling ketika Team Bulding CTDK Holdings raih perhatian ramai. Wah sedapnya lagu versi Tokti ni. Meremang dengar part yang ‘ Tak mungkin ku berpaling ‘ tu..
Walaupun sudah lebih dua dekad bergelar anak seni, aura penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Nurhaliza masih kekal unggul. Dikurniakan rupa paras cantik dan bakat yang besar, Dato’ Seri Siti Nurhaliza cukup bertuah kerana memiliki pakej lengkap sebagai seorang penghibur.
Meninjau di akaun TikTok milik rozisangdewi, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan DS Siti sedang menyanyi. Menerusi video itu, DS Siti menyanyikan lagu bertajuk ‘Tak Mungkin Berpaling’ nyanyian asal oleh Zamani Slam.
Kelihatan DS Siti menyanyi dengan penuh penghayatan dengan bersaksikan para penonton daripada kalangan para pekerja DS Siti sendiri. Difahamkan video ini dirakamkan ketika DS Siti mengadakan team building syarikatnya, CTDK Holdings di Rumah Terapi Alam milik Bonda Rozita.

Perkongsian video nyanyian DS Siti ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan begitu suka mendengar nyanyian DS Siti membawa lagu tersebut. Bukan itu sahaja, ianya juga mengingatkan kembali saat DS Siti menyanyi lagu ini di konsertnya Di Awan Siti Nurhaliza beberapa bulan lalu.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rozisangdewi Tak Mungkin Berpaling versi team building CTDK Holdings. Part 1 #sitinurhaliza
@rozisangdewi Part 2 Tak Mungkin Berpaling versi team building CTDK Holdings. #sitinurhaliza
@rozisangdewi Part 3 Tak Mungkin Berpaling versi team building CTDK Holdings.#sitinurhaliza
@sitinurhalizafantastic Waaa Suka Tau Dengar Versi Cinta Di Awan 😍 DS @Siti Nurhaliza 😍 #trendingvideo2024💯💯💯✅ #fypppppppppppppppppppppp #trendingviralvideo💝 #trendingvideo2024♥️♥️fyp #life #queen #loveyouall💕 #sitinurhaliza #love #loveyou #like
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya sangat menyukai nyanyian DS Siti. Antara komen-komen menarik adalah :
” Suka sangat dengar Tokti nyanyi lagu ni, tak boleh move on dan first time tgk Tokti without high heels.. Hehehe comel la pulak.. “
” Tokti menyanyi mcm ni macam nak uji bakat plak, hehe.. Tapi suara mcm Datuk Sri Siti Nurhaliza plak.. Sedap lah suara Tokti.. “
” Wowww lagu zamani.. Terus teringat Tokti nyanyi masa konsert.. Meremang betul dengar.. Cara Tokti bawa lagu ni lain sangat.. “
” Best nye dapat tengok free pastu sambil santai2 pulak tu.. Suara Tokti tak payah cakap lah kan. lurveee teroksss tau dengarrr.. “
” Part ‘ tak mungkin ku berpaling ‘ sedap sangat. Merdu betul.. Siti ni, nyanyi lah lagu apa2 pun semuanya sedap ja dengar.. “
” Sbb Tokti nyanyi sekerat msa concert aritu.. Sy terus nyanyi full song lagu ni.. Akhirnya Tokti nyanyi jgk full ye..Hehe.. “
” Perggghhh padu lah.. Versi Dato Siti.. Untung semua staff dia dapat tengok live penyanyi no 1 nyanyi depan2, heheee.. love nya tengok.. “
Meremang dengar part DS Siti tarik ‘ tak mungkin ku berpaling’ tu, memang merdu sangat. Bagi sahaja lah apa-apa pun lagu kepada DS Siti, pastinya DS Siti mampu membawanya dengan baik sekali. Ini lah dikatakan penyanyi yang mempunyai bakat luar biasa dan tiada tandingannya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok rozisangdewi, sitinurhalizafantastic
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

