Artis / Selebriti
” Wow harga sebijik rumah lah harga baju Aina.. ” – Netizen
Video Respon Aina Abdul Apabila Ditanyakan Mengenai Harga Baju-Baju Yang Dipakai Untuk Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 Buat Ramai Terkejut. Fuh Tak Sangka, Bukan Biasa-Biasa Ni. Telan Air Liur Dengar Harga !!
Aina Abdul kembali lagi untuk Konsert Aina Abdul, A Night With Aina Abdul 3.0 yang telahpun berlangsung pada 18 November 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Seperti konsert terdahulu, Aina menampilkan pelbagai kelainan khasnya busana yang digayakan.
Meninjau entry di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Aina bersama pihak wartawan. Banyak soalan yang diutarakan dan antaranya adalah mengenai busana Aina pada konsert kali ini.
Kata Aina, ada 5 busana yang dipakai dan total keseluruhan harga untuk semua outfits Aina adalah lebih kurang RM400 ribu. Terkejut semua yang ada di situ mendengar harga baju-baju Aina itu tetapi memang cantik dan rare sangat outfits Aina kali ini dan fesyennya berbeza daripada konsert terdahulu.

Warganet juga turut terkesima setelah menonton video Aina ini. Harga baju Aina ini seperti harga sebiji rumah. Ramai yang memuji terutamanya baju berwarna biru yang mengeluarkan asap. Fesyen Aina memang selalu luar kotak pemikiran, itu lah kelainan Aina.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” G1la harga baju je 400k. Harga rumah 400k pun jauh sekali dari mampu. Dia baju sahaja. Ayooo.. ”
” Tengok tadi baju memang superb. Keluar asap baii haha. Dry biasanya dari lantai, aina keluar dari badan.. ”
” Uishhh Boleh Beli rumah bai.. Aina tolong buat dokumentari pasal baju.include mcm mana proses tukar bj semasa konsert. impress.. ”
” Kayanya dia.. Baik beli rumah, makanan, kasut, iphone 10 bijik – golongan baik beli haha.. cantik baju Aina kali ni, berbaloi lah.. ”
” Tgk vtt, baju kali ni mcm moderate, xde la g1le2 sgt, acceptable la cantik2 nampak la elegant, bukan badut mcm dlu2. Keep it up.. ”
” 400 k harga sebiji rumah weh. eklusif betul baju Aina kali ini. lebih elegant dari konsert terdahulu.. ”
” Wow harga rumah lah harga baju Aina.. baju sahaja 400k weh, syoknya.. Kalau aku dah beli rumah sebijik dh.. ”
Siapa sangka baju-baju Aina ni begitu mahal harganya, tetapi pastinya Aina ada motif untuk setiap baju yang dipakai. Busana cantik, suara pun power memang sempurna konsert Aina kali ini. Semoga Aina terus success dan konsert di Singapura nanti berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen



