Artis / Selebriti
” Wow bestnya, Alhamdulillah rezeki pengantin baru.. ” – Komen Netizen
Video YAM Tengku Muhammad Iskandar dan YM Tengku Natasya menerima kejutan hadiah perkahwinan daripada Ayahanda Al-Sultan Abdullah dan Bonda Tunku Azizah. Wah untung pengantin dapat hadiah istimewa. Kereta mewah idaman ramai ni..
Selesai sudah 2 majlis istiadat perkahwinan diraja antara YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan. Hanya 1 sahaja majlis yang tinggal dan akan dilangsungkan pada hari Ahad ini bersamaan 27 Oktober.
Istiadat malam berinai semalam berjalan dengan lancar dan penuh kegembiraan. Sesudah selesai majlis tersebut, ada satu kejutan telah diberikan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah untuk pasangan pengantin baru itu. Kejutan yang tidak dijangka oleh pasangan pengantin diraja itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok RB Eventor, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ayahanda dan bonda Tengku Muhammad memberikan hadiah berupa sebuah kereta mewah sempena perkahwinan Tengku Muhammad dan Tengku Natasya.

Kelihatan Tunku Azizah berjalan beriringan bersama Tengku Natasya menuju ke arah kereta tersebut. Beruntung sungguh Tengku Muhammad dan Tengku Natasya, tanda kasih sayang ayahanda bonda. Semua yang berada di situ juga turut teruja melihat hadiah istimewa untuk pengantin ini.
Jom tonton video di bawah :
@rbeventor TAB & TNA dapat surprise!!!! Hadiah drpd paduka ayahanda & bonda…Bestnya!! Sapa tau…kereta apa tu? Video kredit: Bamal Resonansi Events
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Eeeeiiiii aku lemah betul la tengok kereta bentuk-bentuk gini ni.. macam audi Q7 je.. “
” Wow Q7 lah.. alhamdulilah syukur pada Allah.. wow bestnya.. siapa sangka kan.. bertuah tuan punya badan.. “
” Alhamdulillah bertuah badan ada ayahanda dan bonda yang pemurah seperti sultan dan tengku ampuan pahang ni.. Audi Q7 tu.. “
” Tengku Muhammad dah la cepat terkejut dengan bunyi gitu, haha.. Alhamdulillah rezeki pengantin baru.. bestnya.. “
Bukan mahal atau murah yang menjadi ukuran, tetapi keikhlasan dan tanda tulus ayahanda dan bonda itu yang lebih bermakna. Pastinya Tengku Muhammad dan Tengku Natasya akan menjaga dan menggunakan kereta itu dengan sebaik mungkin.

Majlis berinai berakhir dengan seribu kemanisan dan akan menjadi kenangan manis untuk Tengku Muhammad dan Tengku Natasya. Semoga perkahwinan yang dibina ini akan setenang dan semanis perkahwinan ayahanda dan bonda serta kekal berkekalan sampai ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok RB Eventor, IG Inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen


