Artis / Selebriti
” Wey macam tu ja dia gula-gulakan encik suami dia, haha.. ” – Komen Netizen
Video Mona Allen cuba membuat silap mata terhadap suaminya, Pekin Ibrahim buat ramai terhibur. Part last tu mesti Pekin tak sangka kan. Nasib tak terlekat tisu tu, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Mona, telah dikongsikan video baru yang memaparkan gelagat Mona bersama suaminya, Pekin Ibrahim. Menerusi video itu, Mona mahu membuat silap mata untuk Pekin dengan menggunakan sehelai tisu.
Pada awalnya, Mona menunjukkan permukaan tisu kepada kamera untuk membuktikan tisu tersebut tidak mempunyai apa-apa pada permukaannya. Kemudian, Mona mula mengoyakkan sedikit setiap hujung tisu dan meminta Pekin juga membuat hal yang sama.
Setelah itu, tisu itu dilipat dan Mona menghembus nafas menggunakan mulut ke tisu. Sekali lagi Mona meminta Pekin melakukannya beberapa kali. Tak disangka, pada akhirnya, ketika giliran Pekin, Mona telah menyumbat tisu tersebut ke dalam mulut Pekin.

Perkongsian video itu telah mengundang tawa warganet. Ramai yang berseloroh dengan mengatakan kesian melihat Pekin kerana sering kena prank dengan Mona. Sehingga kini, video Mona melakukan silap mata menerima lebih 100 komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur selepas menonton silap mata yang dibuat oleh Mona dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Wey macam tu ja dia gula-gulakan encik suami dia, haha.. Kesian Pekin hari2 kena game dengan Mona, hahahha lawak2.. “
” Aduh kena lagi Pekin, hahahaaa.. Ni bukan magician.. Ni kaki kencing, hahahahha.. Pekin asyik kenA buli jer. Comel tengok, haha.. “
” Adoiila Kak Mona.. Kali ni btl2 ending tak dpt dijangka, hahahahaa.. Kesian abang Pekin nasib tak tercekek tisu tu, hahahaha.. “
” Dah dah terkena.. Pekin dh byk Kali kena prank , blh je dia layan macam tak serik2. Hahahaha, harap bersabarlah Pekin, haha.. “
” Lepas ni beli belacan packaging dia mcm gula². Sy pernah buat kt laki sy. Dua ingt gula2. Hampir nk mkan dah. Tp bau² tu dia belacan, hahaha.. “
” Sakit perut gelak tengok, haha Pekin kena game lagi denga Mona.. Hahahaha dia mesti tak sangka last tu kena sumbat tisu.. “
” I am so seriously watching your magic tisu.. Banyak betu idea Mona nak kenakan husband dia, hahaha.. Kita tengok pun penat ketawa.. “
Part mulut Pekin disumbat dengan tisu mencuit hati peminat. Mesti Pekin tak sangka Mona nak kenakan dia lagi. Berdekah Mona ketawa kerana seronok plan untuk kenakan Pekin menjadi. Apa-apa pun, sweet tengok pasangan ini saling menyakat antara satu sama lain. Agaknya selepas ini apa pula yang Mona nak kenakan Pekin yer, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mona.allen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Arwah Siti Sarah vs Jamal Abdillah versi gen Z. So talented.. ” – Komen Netizen

