Artis / Selebriti
” Wey, dia tak bagi chance bapak dia bercakap. Akhirnya buku bertemu ruas.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak perempuan Dato’ Aliff Syukri, Raudhah Arshiyah menjual ketika live buat warganet terhibur. Hah terpelanting terus Papa Laris, langsung tak sempat mencelah. Pandai sungguh Raudhah berniaga, kalah abah dia..
Siapa yang tidak kenal dengan usahawan bertaraf jutawan, Dato’ Aliff Syukri. Kehebatannya dalam menjual tidak dapat dinafikan dan setiap kali Dato’ Aliff bersiaran, pasti jualannya laris dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembeli.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Beautifulnara, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak perempuan Dato’ Aliff iaitu Raudhah Arshiyah membuat live bersama abahnya ini. Jika selalunya Dato’ Aliff menjual bersama Ammar Ahyan atau Qadejah, kali ini giliran Raudhah pula menunjukkan bakat berniaga.
Siapa sangka, Raudhah yang baru bersekolah rendah ini sangat pandai menjual. Kepetahan Raudhah bercakap dan caranya menarik minat pembeli saling tak tumpah seperti cara Dato’ Aliff. Tidak berhenti mulut Raudhah bercakap sehinggakan Dato’ Aliff langsung tidak dapat mencelah.

Telatah Raudhah itu mencuit hati warganet dan kata mereka, Raudhah boleh menggantikan tempat abahnya itu. Jarang sekali dapat melihat Dato’ Aliff terdiam ketika live seperti ini. Hanya Raudhah yang boleh mengalahkan top seller Malaysia ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Habislah, bapaknya dah tak boleh bercakap haha.. Pertama kali papa kena sailang.. .hanya raudhah ja yg boleh.. alif shukri telah melahirkan saingan dia.. “
” Duduk sblh2 baru nampak muka raudah ni copy DAS. watak dia pn sgt blend dgn Dato muka menekan2 bila nk yakinkn org.. “
” Ini mcm x perlu training . Betul x saya cakap ni? Saya dah janji dah.. habislah abah terdiam terpelanting haha.. “
” Cess level Iphone Pro, Raudhah lagi Iphone Pro max haha. first time tgok dato kalah bercakap camni. bagi kat raudhah je lah lps ni..dato buleh bersara dh.. “
” Akhirnya buku bertemu ruas.. ayah dia nak cakap 12 jam,,raudah da cakp 24 jam.. cakap lagi raudhah takyah stop.. raudah buat live, terus dato’ langsung x boleh nak bercakap.. “
” So ni lah cara nak bagi dato stop bercakap. kau bercakap je jgn benti, dato auto senyap.. dato hanya mampu katakan “Ye” haha.. “
” Wey, dia tak bagi chance bapak dia bercakap. mantapp lah raudhah.. tak sempat papa nak menyelit. 1st time tengok alif syukri diam terdiamm.. Kalah dh bapa nya. Nonstop dia ckp.. “
Terhibur warganet mendengar celoteh Raudhah berniaga. Nampaknya, Dato’ Aliff boleh bersara awal kerana sudah ada pengganti yang sesuai untuk menjual. Semoga Raudhah akan menjadi peniaga yang berjaya dan jutawan seperti abahnya ini apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : Instagram Beautifulnara, Tiktok Papa Laris By AA
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti24 hours ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

