Connect with us

Artis / Selebriti

” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen

Video anak sulung Tomok, Arrian Shah Akid menyanyi lagu Sejarah Mungkin Berulang di Family Day Tomokianz raih pujian warganet. Wah dah besar dah Arrian, tinggi betul dia sekarang. Suara macam Tomok dulu-dulu..

Tomok bukan nama kecil dalam industri hiburan tanahair. Kehidupan Tomok bersama isteri dan anak-anaknya juga seringkali menjadi perhatian warganet. Tomok dikurniakan dengan 3 orang cahayamata hasil perkahwinannya bersama Siti Rahayu Abas.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mels_aisymie, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak sulung Tomok, Arrian Shah Akid ketika Family Day Tomokianz. Arrian sememangnya suka menyanyi dan mempunyai bakat nyanyian.

Sebelum ini juga, Arrian pernah membuat penampilan khas di konsert Tomok dan memperdengarkan nyanyiannya di hadapan umum. Menerusi video ini, Arrian mendendangkan lagu hits Tomok ketika bersama Newboyz dulu berjudul Sejarah Mungkin Berulang.

Persembahan Arrian itu mendapat pujian daripada warganet. Suara Arrian dikatakan belum sehebat suara ayahnya, namun warganet yakin sekiranya Arrian mendapatkan kelas vokal, tidak mustahil Arrian boleh menjadi penyanyi pelapis dan pewaris legasi Tomok.

Jom tonton video di bawah :

@mels_aisymie

Family Day Tomokianz 3 Januari 2026 #tomok #newboyz

♬ original sound – mels_aisymie – mels_aisymie

 

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Wei muka baby lagi tapi tinggi betul dia sekarang. Ayam guring dah besar lah.. dia dah besar makna nya aku dah tua.. “

” Suara dia sebijik dengan bapak dia masa muda dulu , cuma tinggal di latih² lagi.. cuba buat rambut belah tengah.. “

” Tomok version mat salleh ni.. Ada iras sam bunkface pun ye Arrian ni. boleh diasah lagi ni…suara dia Ada tone MCM thalita awal2 Dulu.. diasah lagi insyaallah boleh pergi.. “

” Dari kecil sampai besar comel dia ni.. tingginya dulu tengok kecik lagi.. muka baby face lah.. muka dibu dia.. “

” Ehhhh ayam guringggg kenapa dh tinggi sngat ni.. Besar dh dia sekarang muka still baby face.. kalau dia belajar vokal msti sedpa suara dia.. mcm talita dulu.. dulu x best suara talita.. skrg meletop guys.. “

” Handsome boy.. Suara dah ada kena asah sikit je bakat tu.. like father like son.. masuk talk to my manager la next year.. “

” Wei tahu tahu tinggi dah budak ayam guring ni.. bole gilap lagi nyanyian tu… mcm talitha pun mula tu x ok nyanyian tp lepas masuk kelas vokal dgn cikgu syafi & belajar teknik terus letoppp suara & nyanyian.. “

” Handsome nya anak Tomok ni, tinggi betul dia sekarang. dulu kecik comel..nmpk sgt saya dah semakin tua.. Sedap suaranya kalau masuk kelas vokal mesti lagi padu ni.. “

Semakin meningkat remaja, semakin kacak wajah Arrian. Baby face itu tetap ada ditambah dengan ketinggiannya itu, boleh menjadi model. Arrian ada tone yang sedap dan boleh terus digilap dengan latihan dan kelas vokal. Semoga Arrian terus maju jaya dalam pelajaran dan menjadi seorang yang berguna kepada keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok mels_aisymie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Mate Fit

Trending

Copyright © Berita Kopak