Viral
” Wei serius la professor klon betul-betul dah lahirkan klon.. ” – Netizen
Video Dato’ Aznil Hj Nawawi Bertemu Dengan Pemuda Yang Mempunyai Suara Yang Serupa Dengannya. Wah Memang Sama Betul Suaranya, Lebih-Lebih Lagi Masa Sebut Tom Tom Bak. Paknil Kata Professor Klon Dah Lahirkan Klon, Hehe !!
Sebelum ini tular tentang seorang pemuda di Tik T0k bernama Nurkhalaf yang memiliki suara mirip seperti pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi. Bukan seorang, malah ramai yang mengakui kesamaan antara suaranya dengan Datuk Aznil.
Meninjau akaun Instagram Berita Kopak, telah diulangsiar satu video yang memaparkan pemuda ini membaca komen daripada netizen meminta untuknya pergi berjumpa dengan Paknil secara berdepan untuk melihat persamaan mereka.
Rezeki pemuda ini dapat bertemu mata dengan Datuk Aznil dalam sebuah majlis. Ini dapat dilihat menerusi akaun Instagram Datuk Aznil. Program Raja Viral menemukan mereka dan kesempatan ini digunakan untuk membuat video bersama.

Datuk Aznil cukup sporting dan mereka bersama-sama menyebut ‘ kita bersama dalam Tom Tom Bak ‘ serentak. Memang sama lah, tergelak Datuk Aznil dan katanya Professor Klon sudah melahirkan klon.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini meraih perhatian daripada warganet dan antara komen-komen yang dapat dikongsikan untuk pembaca :
” Tahniah angpa dapat jumpa legend. pak nil dh ada apprentice abisla.. professor klon dh ada pelapes.. “
” Gelak profesor klon tu mahal haha. Wow Paknil jumpa kembar lah, bestnya. Untung Khalaf.. “
” Wei serius la professor klon betul-betul dah lahirkan klon. Macam bapak dengan anak, sama weh.. “
” Cara bercakap, nada suara tu memang sama. Professor klon dah lahirkan klon haha. Sebijik sama.. “
” Professor clone punya clone ni haha, suara sama betul. Kalau pejam mata ni confirm tak tahu yang mana paknil yang mana clone haha.. “
” Muka pun dah iras, kembar tapi umur jauh. Ok professor klon dah ada pengganti. Klon dia 90% jadi.. “
” Saya tengok video ni sambil tutup mata, memang sama haha. Siyes suara tu buat orang jadi keliru. Senyum sebijik sama, hampir-hampir ingat anak paknil.. “

Serius sama sangat, memang betul-betul klon suara. Gembira Khalaf dapat berjumpa Paknil, akhirnya impian jadi kenyataan. Semoga Khalaf terus maju jaya dalam apa jua lapangan yang diceburi dan happy selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Berita Kopak, IG Aznil Hj Nawawi, Tik Tok Nurkhalaf
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ada ke orang telefon adik ipar dia setiap hari, ‘hello, astaghfirullah, buat apa ni’.. ” – PU Riz

