Artis / Selebriti
” Wei reveal sikit la behind the scene nak tengok wartawan-wartawan tu. Masuk air wartawan pun, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Kak Lina ketika ditemubual oleh wartawan mengimbau kembali lagu Janji Kekasih buat warganet terhibur. Adoi part wartawan jadi backup singer tu paling lawak. Berkerut dahi Kak Lina dengar suara tu. Rosak semua bila dengan Kak Lina, haha..
Siapa yang tidak terhibur melihat gelagat penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein atau Kak Lina Pompom. Tidak hanya di atas pentas, dalam kehidupan realiti juga Kak Lina seorang yang kelakar dan suka berjenaka. Kak Lina juga seorang yang peramah dan mesra dengan pihak media.
Meninjau entry di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kak Lina ditemubual oleh wartawan. Bercerita mengenai lagu hits Kak Lina berjudul Janji Kekasih, Kak Lina mengimbau kembali kenangan merakam lagu ini 25 tahun yang lalu.
Jika sudah ditanya, tak kan lah Kak Lina senyap. Kak Lina memenuhi permintaan semua untuk menyanyikan lagu ini. Kak Lina memang seorang yang sporting dan tidak pernah mengecewakan. Menyanyi secara spontan pun suara Kak Lina tetap maintain sedap.

Apa yang mencuit hati adalah telatah para wartawan yang turut sekepala ‘masuk air’ bersama Kak Lina. Tidak hanya mengira ‘3, 4’, masing-masing juga menjadi backup vocal dan membuat bunyi-bunyian bersama Kak Lina. Wartawan pun boleh rosak jika bertemu Kak Lina, kelakar sungguh.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih banyak tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Wartawan pun layan je.. Nmpk sngt wartawan pun selesa ngn kak lina.. Adui… ceria hari aku… yang interview pun haha.. “
“I wish my company ambillah kak lina utk next annual dinner sebagai pengacara. Very talented.. save cost semua boleh buat.. “
” Macam tak seragam haha.. Kelakarlah kak lina ni.. Suka btul lah dgn Kak Lina pom pom ni.. talented sgguh.. love her.. Tetap no syatu.. ya Allahh reporter punnnn dekah akuu.. “
” Satu2nya penyanyi yg key original masih sama bunyi mcm dlm radio bila nyanyi live.. Ingat kak lina jer masuk air, skali ngan wartawan masuk air.. “
” Loveee three four.. kelakorr.. ehh wartawan pun mmg semua lagu kak lina depa ni hafal ke.. masuk air juga wartawan MH.. dah macam pancaragam lah korang ni haha.. “
” Yg wartawan pon 3,4 jugak ek.. srius la wrtawan pon masok air main dgn kak lina kepom.. Memang pejam mata nk tdo br senyap mulut k.lina ni kan.. “
” Ni wartawan yg sama yg masa kaklina nyanyi lagu di tengah hujan tu kan.. function btul wartawan haha.. weiii reveal sikit la behind the scene nak tgk wartawan2 tu.. kak lina je yang boleh lalaikan wartawan haha.. “
Sudah seperti kumpulan pancaragam pula apabila pihak wartawan turut menyanyi bersama Kak Lina. Bak kata Kak Lina, tak seragam pula bunyi-bunyian masing-masing tu. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

