Artis / Selebriti
” Wei aku sedih dengar Hadie backup mak dia. Educated betul cara dia cakap.. ” – Komen Netizen
Video permohonan maaf daripada Hadie mengenai isu viral ibunya, Ina Naim buat ramai tersentuh. Sebak dengar bila Hadie minta jangan kecam ibu dia..
Baru-baru ini penyanyi Ina Naim telah menjadi perhatian warganet apabila sikapnya yang dikatakan agak berlebihan dalam program realiti, Talk To My Manager (TTMM). Lebih-lebih lagi ketika Ina mencelah semasa juri rancangan tersebut memberikan komen.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik only_inteam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live anak Ina iaitu Hadie menjelaskan isu tersebut. Menerusi video itu, pada awalnya Hadie telah membuat permohonan maaf mengenai sikap ibunya yang membuatkan ada segelintir pihak kurang senang.
Akui Hadie, ibunya itu tidak berniat langsung untuk membidas apa yang dikatakan juri. Malah ianya adalah tindakan secara spontan kerana ibunya hanya mahu melindunginya sahaja. Kata Hadie lagi, setiap ibu pasti akan membuat yang terbaik untuk anak-anak dan meminta agar orang ramai tidak lagi mengecam ibunya.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang tersentuh mendengar penjelasan daripada Hadie mengenai ibunya dan tulis mereka lagi, Hadie seorang yang matang serta berpendidikan meskipun dia hanya homeschooling sebelum ini dengan arwah ayahnya, Suhaimi Saad.
Tonton video di bawah ini :
@only_inteam live Hadie pada malam tadi, memohon maaf dan menjelaskan segala tentang kejadian semasa di TTMM dan netizen yang tidak berpuas hati dengan ibunya iaitu Ina Naim #inanaim #hadiesuhaimi #TTMM #fyp #talktomymanager
Di ruangan komen, pelbagai respon dan kata pujian telah diberikan oleh warganet setelah menonton video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Wei aku sedih dengar Hadie backup mak dia. Educated betul cara dia cakap.. Anak soleh, tak pergi belajar di sekolah bukan tanda tak bijak.. Nampak lagi matang berfikir.. “
” Hadie even awk tak pegi sekolah tp awk sgt beradab… Ni yg dinamakan adab dulu baru ilmu… Org yg beradab dah tentu dia berilmu… Dan org yg berilmu belum tentu dia beradab.. “
” Tp bagus awak ni dik. akak tgk live awak odda dgn sape lg sorg tu, odda tgh joget2, awak alihkan pandangan awak. Bgs ajaran keluarga awak.. “
” Masa live paknil, ada org komen pasal ina naim. paknil cakap, itu kerja manager utk pertahankan artis dia. Dah mmg kerja dia. So sy fhm knp ina mcm tu. So berhenti kecam ye.. “
” Matangnye Hadie, sedih n terharu statement dia pertahankan ibu dia. Semoga dikurniakan kejayaan di Dunia Dan d akhirat.. “
” Hadie, I’m so impressed with your penjelasan.sgt beradab and berhemah. Good job Hadie.. Pandai awk handle situasi. Betul, Ibu mmg seorang protector utk anak2 dia.. “
” Homeschooling means he is educated. Rasanye tak perlu fokus dah ttg persekolahan dia. Lbh baik fokus kpd apa yg sedang dia buat sekarang.. “
Anak mana sanggup melihat ibunya yang sentiasa menyokong dirinya dikecam oleh orang ramai. Sebak mendengar apa penjelasan oleh Hadie mengenai isu viral Ina. Apa-apa pun, semoga apa yang terjadi sebelum ini tidak akan mematahkan semangat dua beranak tersebut untuk terus mara mengejar kemenangan dalam rancangan Talk To My Manager.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok only_inteam, hadiefc
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sakit sangat sangat tengok dan baca kapsyen kak Myza. Menangis teresak-esak saya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi

