Artis / Selebriti
” Wehh serius tergelak tengok Remy, sekarang siapa yang tengah berpantang sebenarnya ni, haha.. ” – Netizen

Isteri Remy Ishak, Ezza Yusof Kongsi Video Menu Berpantang, Namun Gelagat Remy Yang Sedang Menjaga Anak Buat Ramai Terhibur. Nampak Muka Remy Macam Tak Cukup Tidur Je. Part Remy Cakap Dia Pun Tengah Berpantang Tu Kelakar, Hehe !!
Baru-baru ini, pelakon Remy Ishak bergelar bapa apabila isterinya, Roszaliza Yusof atau lebih terkenal dengan nama Ezza selamat melahirkan anak sulung mereka. Remy atau nama penuhnya Mohammad Zalimei memaklumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagram.
Meninjau di akaun Tiktok milik Ezza telah dimuatnaik satu video berkongsi menu berpantangnya. Menu yang disediakan oleh penjaga pantang Ezza adalah ikan bawal masak grill, sayuran dan buah epal. Ezza memuji cara dekorasi makanan yang disediakan kepadanya sudah seperti makanan pengantin.
Namun tiba-tiba Remy telah datang sambil mendukung anak dan melihat makanan isterinya itu. Sempat Remy menyakat Ezza betapa beruntungnya Ezza dapat makan ikan bawal yang dilihat begitu menyelarakan. Seloroh Remy, telah bertanya kepada penjaga pantang Ezza, adakah dirinya juga dapat makan seperti Ezza kerana dia juga turut berpantang.
Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan terhibur melihat penampilan Remy yang dikatakan sudah seperti orang berpantang. Sehingga kini, video Remy dan Ezza telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Tiktok.
Tonton video di bawah ini :
@roseezza Berpantang dengan @Lavender Confinement Care #lavendarconfinementcentre . Tudung Easy Sarong tu dah ada ready stock tau! RM35 @2Morrow
Di ruangan komen, selain terhibur melihat telatah pasangan ini, ada yang masih menitipkan ucapan tahniah kepada Remy dan Ezza atas kelahiran anak pertama mereka. Antara komen-komen menari adalah :
” Wehh serius tergelak tengok Remy, sekarang siapa yang tengah berpantang sebenarnya ni, hahaha.. Lawak betul ar Remy ni.. “
” Wow.. Hero malay dukung baby laa.. Comel lah dengar Remy minta makanan pantangnya, hahahaa.. Nampak letih betul muka tu, msti berjaga malam jaga baby kan.. “
” Bestnya time pantang paling syok sbb ada yg layan kita, masakkan kita, mengurut, tgku, semua tu. Rasa special sangat lah.. “
” Woww sedap betul menu.. Tahniah Ezza dan Remy atas kelahiran anak pertama.. Tak sabar nak tengok muka baby korang.. “
” Bapaknye pantang ape.. Pntang tengok erk wt smntra wktu, puasa dlu hahahahaaa.. Selamat berpantang Ezza, semoga sihat slalu.. “
” Selamat berpantang juga la buat bapaknya tu.. Biasa la dlm pantang, hehehe nampak muka Ezza lagi segar daripada Remy, hehehe.. “
” Win la lauk2 nya dia hiasan cam lauk pengantin.. Aduhh bapak nya serabai nauuu, hahahahaha. Sampai melentik rambut2 nya tu, tak cukup tidur ke Remy.. ”
Remy ni kalau tak buat kelakar memang tak sah, Ezza pun ketawa dengar apa yang Remy cakap. Buat masa ini, Remy dan Ezza masih belum berkongsi nama dan wajah anak mereka buat tatapan umum. Apa-apa pun selamat berpantang Ezza, semoga Ezza serta anak sentiasa dalam keadaan sihat selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok @roseezza, IG ezzarl
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Apa yang saya diuji ni kecil sahaja, seperti apa dia diuji sebelum ini nothing, compares what she went through.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen