Artis / Selebriti
” Walaupun kita dah plan nak buat birthday you kat Sunway Lagoon tapi you sanggup lupakan hasrat you demi Mummy.. ” – Watie

Perkongsian Watie Hanifiah sempena ulangtahun kelahiran Thalita yang ke 12 tahun buat ramai sebak. Erti keikhlasan sebenar seorang ibu sambung. Part Thalita jaga mummy sakit paling touching..
Semalam genaplah usia anak perempuan Shuib Sepahtu, Thalita yang ke 12 tahun. Satu-satunya anak perempuan peninggalan arwah Siti Sarah Raissuddin ini beruntung kerana mempunyai seorang ibu tiri yang baik dan sangat penyayang seperti Watie Hanifiah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang disunting beberapa video kenangan Watie bersama Thalita. Menonton video ini sehingga ke akhir pasti menyentuh hati warganet. Betapa akrab dan sayangnya Watie kepada anak-anak.
Cerita Watie, tahun ini sepatutnya perancangan mereka ke Sunway Lagoon untuk menyambut hari lahir Thalita. Namun manusia hanya merancang dan Allah menentukan segalanya. Apa yang dirancang tidak dapat dilakukan dek kerana situasi Watie yang baru lepas keguguran.
Watie turut mencoret ucapan yang panjang untuk Thalita sempena hari istimewa puteri kesayangannya itu. Setiap bait kata-kata yang Watie tuliskan membuat hati warganet sebak apatah lagi menonton video kenangan mereka itu. Bukan hanya kerana Thalita anak yang solehah tetapi juga kerana Watie yang berhati mulia.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alaaaa suka tgk video ni penuh dengan kasih syg, happy birthday thalita.. Minggu ni memang kerja nangis jela hmmm.. “
” Happy 12th Bday anak cantik, Thalita. Terima kasih Mommy Watie krn hadir di dlm keluarga ini. Rahmat terindah dr Allah. moga kekal berkasih syg hingga ke Jannah. Aamiin.. “
” Wah… Thalita praktis nanti nak jaga adik, InsyaAllah… Take care mummy n Happy birthday thalita.. moga mommy baik baik sahaja.. “
” Anak yg dididik dgn penuh kasih sayang oleh ibunya.. dapat jugak mummy iamwatie yg penuh dgn kasih sayang. MasyaAllah.. awak sgt bertuah thalita_shuib. Membesar sihat, bahagia & dlm lindungan rahmat Allah selalu ye.. InsyaAllah Happy birthday.. “
” Mommy ni suka buat kita nangis. ucapan tu smpai ke hati auto air mata tau… Happy bday dekta thalita_shuib smoga yg baik2 mengiringi hidupmu.. “
” Gigih tgk sampai habis.. happy birthday talita. Semoga bila satu masa nnt talita semakin dewasa jangan pernah lupa jasa mommy ya.. “
” Happy birthday thalita_shuib .. terharu tgk.. Moga mommy Pon cepat sihat.. pantang elok².. Besar sungguhh pahalaaa wati . tak pelikk ank2 x kekokk sbb keikhlasan tuu boleh nampakk.. “
Watie adalah ibu sambung yang terbaik Allah kirimkan untuk Thalita dan adik beradiknya. Selamat hari lahir Thalita, semoga Thalita sentiasa menjadi anak yang baik untuk mommy dan untuk Watie. Terima kasih Watie kerana menjadi mommy yang penyayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ini lah bapak mertua Hadie.. ” – Oddah
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ooo baru tahu itu sebab kenapa Ardell yang pergi, bukan suaminya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Agak curiga, terbahak aku dengar ayat Amayan ni. Nasib baik tak syak wasangka, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Macam dengar SS yang nyanyi, arghh dah aku menangis. Suara Sallman tu sebijik SS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Speechless, this beautiful reunion fills my heart.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Yang cakap suara saya tak sedap, saya tak patut pun ada dekat TTMM, saya yang patut terkeluar.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Lemak weyy suara anak bujang seorang ni. Tone macam Indonesian, gila sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Mesti dia ingat peminat yang jerit-jerit nama dia, tu yang dan-dan buat macho tu.. ” – Datin Alyah