Artis / Selebriti
” Wahh Widad dan Sol akan kahwin, tak sabar nak tengok.. ” – Komen Netizen

Nabila Razali Kongsi Video Memakai Baju Kahwin Bersama Ben Amir Dalam Drama Bawah Payung Awan Buat Ramai Teruja. Wah Ramai Tak Sabar Nak Tengok Kesudahan Drama Ni !!
Nampaknya drama bersiri terbaru lakonan oleh Nabila Razali bersama Ben Amir dan Nelissa Nizam bertajuk Bawah Payung Awan yang ditayangkan di Viu pada 13 Jun lalu setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu mendapat sambutan daripada para penonton.
Untuk sekadar info, drama ini merupakan adaptasi kedua dari novel tulisan Liza Nur dan diarahkan oleh pengarah Azri Izhar yang mengisahkan tiga sahabat iaitu Widad (watak Nabila), Soleiman (Ben) dan Hanan (Nelissa) diuji persahabatan mereka ketika melangkah ke alam persekolahan sehinggalah memasuki dunia pekerjaan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Nabila telah dikongsikan video yang memaparkan Nabila dan Ben memakai pakaian pengantin berwarna putih. Difahamkan video ini diambil ketika mereka sedang shooting dalam drama Bawah Payung Awan. Di ruangan kapsyen pula, Nabila berseloroh mengatakan Cik An (ibu Widad) sudah memberikan greenlight kepada Widad dan Sol untuk berkahwin.
Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa teruja untuk melihat episod seterusnya drama ini . Selain itu, mereka juga memuji lakonan Nabila serta Ben sangat serasi dan memberikan impak yang luar biasa kepada penonton.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Nabila dan pelbagai respon diberikan oleh warganet mengenai lakonan Nabila serta Ben dalam drama Bawah Payung Awan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Wahh Widad dan Sol akan kahwin, tak sabar nak tengok.. Best sangat drama ni, dah lama tau tak layan drama melayu.. Tapi bila tengok drama Bawah payung awan ni memang sangat lah menarik.. “
” Tak sangka.. Diluar jangkaan penghayatan yg sngt hebat dan jujur Amyza dgn Bella. Love trok chemistry dgn Bella. Setiap scene rasa yg disampaikan sngt jujur hingga terlupa yg ini adalah sebuah lakonan.. “
” Yeayyyy Sol kemain happy bila Cik An dah bagi greenlight.. Dah lama Sol tggu Wid.. Hope drama ni happy ending lah.. Geram pula aku dengan Hanan tu.. “
” Best sgt cerita ni. geram dengan Hanan.. Harap dia tak kacau lah Sol nk kahwin dengan Widad.. Huhu tak sabarnya nak tengokkkk.. “
” Huh lega ingat Sol ngan Cik An, nasib dengan anak Cik An.. Hahahaha kalau tak mahu kami semua penonton ni pengsan dengan plot twists drama ni, hahaha.. “
” Baru selesai tegok bawah payung awan.. Sudah lamaran skrng dah coba gaun pengantin.. Tiap2 minggu tak sabar nk tggu hari Khamis, nak tengok Nabila dan Ben.. “
” Yahoooooo Sol boleh kahwin dengan Wid.. Lembut juga hati Cik An lepas tahu Sol dah jadi chef, hahaha.. Best g1ler arr drama ni… Tak jemu layan.. “
Bagi yang belum mengikuti drama Bawah Payung Awan, anda perlu menonton drama ini kerana jalan ceritanya lain daripada drama lain dan ianya tidak membosankan. Selain lakonan Nabila, Ben, watak Amyza Aznan sebagai ibu Widad juga mendapat pujian ramai.
Silakan SHARE..
Sumber : IG nabila.razali, Google Myinfotaip
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sky tak suka sangat filter, masalahnya abang tak de filter gelap gelita.. ” – Ridzokumura
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen